Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Impak Lagu Patriotik Semai...

KUALA LUMPUR - Sebagai lagu kebangsaan, Negaraku wajib tersemat dalam hati. Selain itu,...

Penganggur Dijel 6 Bulan,...

KUALA LUMPUR - Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret...

Lelaki Lari Dari Sekatan...

KUALA LUMPUR - Pihak polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah seorang lelaki yang...

JBPM Periksa Bangunan Kempen...

KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sudah memeriksa sebanyak...

Kes Seleweng Skim Baja Padi: Pemandu Lori Direman

MELAKA – Seorang pemandu lori yang menjadi suspek kelima kes penyelewengan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP), bernilai kira-kira RM2.54 juta yang dipercayai dilakukan sejak awal tahun lepas, direman lima hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini.

Perintah reman hingga 1 Dis itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Mohd Anuar Ostadi terhadap suspek lelaki berusia 35 tahun berkenaan.

Suspek yang memakai pakaian lokap jingga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibawa ke pekarangan kompleks Mahkamah Ayer Keroh sekitar 11.30 pagi tadi sebelum dibawa keluar 30 minit kemudiannya.

Bernama sebelum ini melaporkan empat lelaki masing-masing pengurus projek Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK), pesawah, peniaga ikan dan pekebun yang berumur 38, 46 ,52 dan 50 tahun direman, sejak Selasa lepas.


Penahanan kelima-lima suspek itu bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – BERNAMA

Kategori