Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Bekas Tentera Cat, Hias...

TANAH MERAH – Mengecat rumah dan memasangnya dengan ribuan Jalur Gemilang menjadi inisiatif...

Operasi Menyelamat & Pengurusan...

KOTA BHARU - Sejak gelombang pertama banjir musim tengkujuh melanda negeri ini Sabtu...

PM Pengerusi Mesyuarat Kabinet...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini mempengerusikan mesyuarat...

Lelaki Keluarkan Kenyataan Jelik...

JOHOR BAHRU - Seorang lelaki yang dipercayai memuat naik kenyataan berunsur jelik terhadap...

Khairy Ketuai Perbarisan Perasmian PAU 2017

KUALA LUMPUR — Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sekali lagi akan diberi mandat dan penghormatan untuk mengetuai perbarisan kehormat pada perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2017 pada 7 Disember, kata Setiausaha Kerja parti, Datuk Seri Ab Rauf Yusof.

Beliau berkata seperti perhimpunan pada tahun-tahun sebelum ini, kesemua acara di dalam dewan iaitu perhimpunan agung dan perhimpunan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri dikekalkan.

“Acara dalam dewan semua sama. Ketua Pemuda diberi penghormatan uruskan perbarisan kehormat yang akan disertai 50 perwakilan daripada setiap sayap Wanita, Pemuda, dan Puteri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan raptai pertama acara perasmian perhimpunan tahunan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Pada perhimpunan agung parti 2016, Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan, diberi penghormatan mengetuai acara perbarisan sebagai penghargaan atas pertauliahan pangkat Brigadier Jeneral yang beliau terima dalam pasukan Askar Wataniah.

Khairy yang juga anggota Parlimen Rembau dan Komander Rejimen 508 Askar Wataniah, dinaikkan pangkat daripada Kolonel kepada Brigadier Jeneral, berkuat kuasa 14 Januari 2015.

Mengenai persiapan menjelang perhimpunan yang akan berlangsung mulai 5 Disember dan berakhir 9 Disember, Ab Rauf berkata ia masih peringkat awal iaitu sekitar 25 peratus, namun dijangka siap sepenuhnya pada 2 Disember.


Bagi tujuan pendaftaran anggota perwakilan, beliau berkata pendaftaran untuk semua perwakilan, termasuk sayap-sayap, hanya dibuat sekali sahaja iaitu pada 4 Dismber berbanding sebelum ini yang menyaksikan pendaftaran berasingan bagi anggota sayap dan perhimpunan agung UMNO.

“Semua setiausaha perhubungan dan setiausaha negeri sudah dimaklumkan. Melalui pendekatan ini kita dapat menjimatkan masa dan kos,” katanya. — BERNAMA

Kategori