Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jurukamera Tendang Pelarian Syria...

SEORANG jurukamera wanita warga Hungary yang kehilangan kerja selepas mencetuskan kemarahan seluruh dunia kerana...

Amuk Sebab Marahkan Mimpi...

Florida – Akibat marahkan teman wanitanya kerana bermimpi dia melakukan hubungan seks dengan...

PKPB Di Kota Kinabalu,...

KUALA LUMPUR - Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan...

Pemain Gitar Meninggal Selepas...

TASEK GELUGOR - Gitaris kumpulan Crosstown, Izharuddin Shariff, 55, meninggal dunia akibat serangan...

Kilang Memproses Tandan Sawit Terbakar

GUA MUSANG – Sebuah kilang memproses tandan sawit untuk dijadikan fiber yang baru beroperasi setahun lepas di kawasan perindustrian Gua Musang di sini, dengan pelaburan RM50 juta, musnah hampir 70 peratus dalam kebakaran hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang Penolong Kanan Penguasa Bomba Anuar Abas berkata kilang fiber yang terbesar di Kelantan itu terbakar kira-kira pukul 1.40 pagi, disedari oleh pekerjanya namun api merebak terlalu cepat.

“Apabila 18 anggota bomba bersama empat jentera tiba 11 minit kemudian mendapati api marak membakar tandan sawit kering bersama bangunan kilang berkenaan dan api berjaya dipadam pukul 4 pagi,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Anuar berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian dalam siasatan. – BERNAMA

Kategori