Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Palini Juarai Peringkat Keempat...

PUTRAJAYA - Pelumba Itali, Andrea Palini merampas jersi biru daripada rakan sepasukan Francisco...

Write My Brief article...

Write My Brief article rapidly and with no need of drafted falsification ...

Penganggur Ditahan Terlibat Kes...

SHAH ALAM - Seorang penganggur ditahan polis kerana dipercayai terlibat dalam sekurang-kurangnya empat...

KPM Akan Minta Laporan...

KUALA NERANG - Kementerian Pendidikan akan meminta laporan daripada Kementerian Kesihatan berkaitan gejala...

Kisah Hidup Teruk Dihentam, Aiman Tak Kisah

Kalau dah namanya artis, pasti tak lari daripada kecaman. Ada sahaja yang tak kena di mata orang ramai.

Itulah realiti yang perlu dihadapi sebagai seorang bergelar selebriti oleh penyanyi Aiman Tino.

Baru-baru ini, Aiman teruk dikritik netizen apabila kisah hidupnya dijadikan dokumentari dalam sebuah program tempatan berkonsep majalah paling popular, Majalah 3.

Namun, penyanyi ini sama sekali tidak pernah mengambil pusing dan mengakui sudah lali terhadap kritikan negatif tersebut.

Menurut pelantun lagu Ku Rela Dibenci ini, dia sudah penat dan malas untuk melayan segala tohmahan negatif yang dilemparkan oleh orang ramai terhadap dirinya.

“Biarlah apa orang mahu kata. Saya sedar berada dalam industri hiburan memang tidak boleh lari daripada kritikan orang ramai.

“Bagaimanapun, saya juga mempunyai hati dan perasaan. Kalau ingin kritik saya, silakan namun jangan libatkan keluarga terutama ibu dan bapa,” ujar penyanyi berusia 19 tahun ini.


Memetik sedutan daripada rancangan berkenaan pada 13 November 2017 (Isnin) itu, rata-rata netizen mengkritik tak kurang juga menyindir dengan beranggapan kisah Aiman tidak layak dijadikan dokumentari.

Hasil tinjauan MYNEWSHUB menerusi sedutan itu, penyanyi ini berkongsi perjalanan hidup sebagai anak seni dan kehidupan bersama keluarga tercinta.

“Tak semestinya Majalah 3 mengisahkan tentang sejarah sahaja. Ada juga kehidupan selebriti lain yang pernah disiarkan.

“Kali ini giliran saya pula berkongsi perjalanan kehidupan saya bersama ibu bapa dan matlamat dalam bidang nyanyian,” kata Aiman.– MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori