Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kejutan Si Suami, Pelamin...

TEDDY bear atau patung beruang bersaiz besar sentiasa menjadi pilihan utama si dia...

Sesi Telesidang Bersama Sirul...

SESI telesidang media yang dikatakan akan diadakan oleh bekas anggota Unit Tindakan Khas...

Pengeboman Bali: 2 Rakyat...

Kuala Lumpur : Dua rakyat Malaysia mengaku bersalah pada semalam atas pertuduhan bersubahat...

Masih Adakah Kepimpinan Melalui...

SERING kita dengar tentang peribahasa "kepimpinan melalui teladan". Tetapi apakah kita benar-benar mendalami...

K’jaan Negeri Umum Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam

ISKANDAR PUTERI – Johor mengumumkan Bantuan Khas Kewangan berjumlah setengah bulan gaji dengan kadar minimum RM1,500 kepada kakitangan kerajaan negeri Johor dan Persekutuan yang dibiayai oleh kerajaan negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata bantuan yang akan diberikan pada Januari, akan turut diberikan kepada anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor, anggota Dewan Undangan Negeri Johor, anggota Jumaah Diraja Johor, anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor, Pelatih-pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan Guru-guru Tadika Agama Islam Johor (TAJ).

“Bagi yang mempunyai gaji di bawah RM3,000 sebulan, mereka akan mendapat lebih daripada setengah bulan gaji,” katanya ketika membentangkang Bajet Johor 2018 di Dewan Undangan Negeri Johor di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Mohamed Khaled berkata kerajaan negeri turut bersetuju untuk memperkenalkan Bantuan Khas Persaraan bernilai RM1,000 kepada penjawat-penjawat awam negeri yang bersara bermula tahun 2018.

Beliau berkata bagi menghargai jasa bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUNd, kerajaan negeri juga akan menaikkan kadar pencen pesara ADUN kepada 60 peratus daripada gaji berdasarkan tempoh perkhidmatan yang bersamaan dengan kadar pencen anggota Parlimen.

“Bagi penjawat awam yang sudah bersara, mereka tidak sesekali dilupakan. Jasa mereka kepada kerajaan Johor amat besar dan sentiasa akan kita kenang.

“Kita harap segala pemberian bantuan dan insentif khas kewangan akan menjadi lambang terima kasih dan penghargaan tulus kerajaan negeri kepada semua yang berkhidmat dengan kerajaan negeri,” katanya.


Dalam pada itu, Mohamed Khaled berkata menerusi bajet sama, kerajaan Johor akan memperkenalkan Program Takaful Penghospitalan dan Pembedahan serta Program Takaful Kemalangan Diri Penjawat Awam Negeri Johor.

Beliau berkata skim itu merupakan kemudahan tambahan daripada kemudahan rawatan kesihatan sedia ada yang dinikmati penjawat awam mengikut Pekeliling Bahagian 21 Tahun 2009.

Menurutnya, di bawah inisiatif baharu itu, kerajaan negeri akan memberi subsidi separuh daripada kadar bayaran caruman bulanan kad perubatan yang akan melayakkan penjawat awam negeri dan anggota keluarga mereka menerima faedah rawatan pakar di hospital-hospital KPJ dengan kadar RM60,000 setahun.

Skim itu juga memberi perlindungan sehingga RM220,000 bagi kes kemalangan yang mengakibatkan kematian dan keilatan kekal, katanya.

“Pada tahun hadapan, inisiatif ini diperuntukkan RM6.21 juta dengan sasaran 10,184 penjawat awam negeri menerima manfaatnya. Kerajaan negeri menyeru semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan negeri untuk melaksanakan program ini kepada pegawai dan kakitangan masing-masing dengan peruntukan sendiri,” katanya. – BERNAMA

Kategori