Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Anwar Umum Senarai Timbalan...

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan akan mengumumkan barisan Timbalan Menteri...

11 OKU Sertai Cabaran...

IPOH - Sebanyak 11 peserta Orang Kurang Upaya (OKU) yang menjayakan cabaran ekspedisi...

Singapura Dedah Kerajaan PH...

KUALA LUMPUR - Pendedahan Singapura bahawa Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memohon projek Sistem...

Peniaga Janji Tak Naik...

PENIAGA daging segar di Pasar Besar Jerantut di sini, memberi jaminan akan mengekalkan...

KL2017 Kurangkan 2,703 Tan Karbon Dioksida

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Inisiatif Hijau pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan Sukan Para Asean ke-9 (KL2017) mencapai sasaran apabila berjaya mengurangkan pelepasan gas rumah kaca dalam bentuk 2,703 tan karbon dioksida.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata pencapaian itu turut mengurangkan penghantaran sisa ke tapak pelupusan sampah sebanyak 49 peratus, melebihi sasaran awal 30 peratus.

Selain itu, ia turut mengurangkan penggunaan tenaga 17 peratus iaitu melepasi 15 peratus di sepanjang kejohanan sukan itu.

“Inisiatif yang dilaksanakan buat julung kali ini merupakan sesuatu yang membanggakan dan pendekatan elemen hijau pada KL2017 perlu dicontohi dan diterapkan dalam penganjuran acara-acara besar dalam negara,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program Satu Media Satu Pokok di Bandar Sukan Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Beliau berharap pendekatan hijau itu dapat meningkatkan kesedaran umum untuk membudayakan pemeliharaan alam sekitar dan kepentingan pemulihan hutan bagi pemuliharaan biodiversiti.


Mengenai acara hari ini, Khairy berkata 235 anak pokok mewakili jumlah pingat emas dan perak yang dimenangi atlet Malaysia pada Sukan SEA 2017 ditanam di Bandar Sukan Kuala Lumpur.

Menurutnya, kira-kira 5,000 anak pokok lagi akan ditanam bermula Disember ini hingga Mac tahun depan di beberapa kawasan di bawah Pelan Induk Rangkaian Koridor Ekologi Central Forest Spine (CFS) antaranya di Hutan Hujan Tropika Living Collection Banun di Gerik, Perak. – BERNAMA

Kategori