Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

DPN Jamin Kelangsungan Industri...

KUALA LUMPUR - Dasar Pelancongan Negara (DPN) 2020-2030 yang dilancarkan hari ini bermatlamat...

Dakwaan Terhadap Tabung Haji...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) menyifatkan dakwaan berterusan sesetengah pihak terhadapnya...

TMJ Tak Gentar Gomez...

NIAT Mario Gomez yang merupakan bekas pengurus kelab boleh sepak JDT untuk heret...

PPZ Lancar Kempen Khas...

KUALA LUMPUR - Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyasarkan 4,500...

Kod Tata Amalan Sektor Komunikasi Jamin Keselamatan

PUTRAJAYA – Pelaksanaan kod tata amalan bagi sektor komunikasi dan telekomunikasi dalam negara bermula hari ini bagi melindungi dan menjamin keselamatan data peribadi pengguna.

Pesuruhjaya Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) Khalidah Mohd Darus berkata kod tata amalan itu adalah satu dokumen perundangan bagi menjadi rujukan atau panduan kepada golongan pengguna data dalam sektor komunikasi untuk melaksanakan peruntukan dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) (Akta 709).

“Isu-isu yang berlaku kebelakangan ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya organisasi perlu memantapkan sistem tadbir urus dalam mengendalikan data peribadi pelanggan.

Dengan adanya kod tata amalan ini, organisasi akan menguruskan data peribadi secara berhemah, berintegriti dan cekap agar wujud kepercayaan dan keyakinan kepada pelanggan untuk terus berurusan dengan sektor komunikasi, khususnya syarikat telekomunikasi. Ini akan memberi kebaikan dan manfaat kepada kedua-dua pihak,” katanya.

Khalidah berkata demikian kepada media pada majlis menandatangani kod tata amalan sektor komunikasi itu di sini hari ini. Sebelum itu, beliau mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil syarikat telekomunikasi dalam negara.

Khalidah berkata syarikat-syarikat telekomunikasi diberi ‘tempoh tangguh’ selama enam bulan untuk pelaksanaan sepenuhnya peraturan yang terdapat dalam kod tata amalan itu.

Beliau berkata sektor komunikasi perlu mematuhi tujuh prinsip perlindungan data peribadi dengan adanya kod tata amalan itu.

Ia melibatkan prinsip am, notis dan pilihan, prinsip penzahiran , keselamatan, penyimpanan , integriti data dan akses dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA) (Akta 709), katanya.

“Ketidakpatuhan kepada kod tata amalan ini merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 29 Akta 709 dan jika disabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM100,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali,”katanya.


Beliau turut menyaran syarikat telekomunikasi mengadakan program kesedaran, latihan dan pendidikan untuk membimbing ahli-ahli mereka dalam pelaksanaan tujuh prinsip perlindungan data peribadi di organisasi masing-masing.

“Latihan bukan hanya melibatkan pihak atasan, pertengahan tetapi juga bawah terutamanya barisan hadapan yang mengurus data peribadi kerana mereka adalah titik hubungan pertama dengan pelanggan,” katanya.

Sektor komunikasi merupakan sektor kelima golongan pengguna data yang membangunkan kod tata amalan. Sektor lain yang membangunkan kod tata amalan ialah sektor utiliti elektrik, insurans, perbankan, pengangkutan (penerbangan).

Khalidah berkata banyak lagi sektor perniagaan dalam golongan pengguna data akan menguatkuasakan kod tata amalan sedemikian dari semasa ke semasa.

“Antara sektor yang di peringkat draf akhir untuk membangunkan kod tata amalan termasuk perundangan, utiliti air, pajak gadai, pelancongan dan hospitaliti,” katanya.

Sementara itu, Ketua Keselamatan Sistem dan Maklumat (CISO) Maxis, Siva Nithiananthan berkata syarikat itu mengalu-alukan kod tata amalan berkenaan yang akan dipatuhi apabila memproses data peribadi.

“Kami memberikan perhatian utama kepada privasi data. Ini merupakan lanjutan daripada memiliki keseragaman dalam industri. Sekarang kami mempunyai kaedah yang sama dalam mematuhi akta itu,” katanya. -BERNAMA

Kategori