Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Akhimullah Tekad Terus Sumbang...

JOHOR BAHRU - Pencapaian menjaringkan gol tunggal negara ketika beraksi menentang England pada...

Jokowi Rombak Kabinet Hujung...

JAKARTA : Isu rombakan Kabinet Joko Widodo (Jokowi) kembali bertiup kencang selepas tersebar...

Dua Kereta Klon Antara...

KUALA LUMPUR - Dua kereta klon adalah antara 31 buah kenderaan yang disita...

Harga 800 Ubat Meningkat...

NEW DELHI – Pihak Berkuasa Harga Farmaseutikal Kebangsaan (NPPA) India memaklumkan bahawa harga...

Konservasi Masjid Diraja Sultan Suleiman Selesai

KLANG – Masjid Diraja Sultan Suleiman hari ini diserahkan semula kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sejak ia ditutup sepenuhnya pada 10 Mac 2015 susulan kerja-kerja konservasi bangunan yang dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor.

Replika kunci masjid berusia 85 tahun itu diberikan kepada Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim oleh Timbalan Pengarah JKR Selangor, Ir Rozita Mat Senapi sambil disaksikan Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Shah dalam satu majlis di sini.

Tengku Abdul Samad Shah pula menyerahkan ‘Tongkat Khatib’ kepada pengurusan masjid berkenaan sebagai simbolik untuk mengimarahkan semula masjid yang dibina pada tahun 1932 itu.

Majlis tersebut diikuti dengan solat maghrib serta isyak berjemaah dan juga bacaan tahlil serta Surah Yasin sebagai permulaan pengoperasian kembali masjid tersebut.

Kerja-kerja konservasi masjid yang terletak di Jalan Kota Raja, Kampung Jawa di sini siap sepenuhnya pada 17 Okt lepas dengan kos sebanyak RM12 juta.

Haris dalam ucapannya pada majlis itu berkata Masjid Diraja Sultan Suleiman adalah masjid istimewa kerana keunikan reka bentuk dan seni binanya yang mempunyai pengaruh seni bina Islam Moorish dan Inggeris.


“Masjid ini mempunyai nilai sejarah dan latar belakang yang kukuh dalam melebarkan peranan asasnya sebagai institusi agama Islam selama 85 tahun lepas yang umum ketahui masjid adalah manifestasi kewujudan sesebuah komuniti, lambang keunggulan Islam dan penganutnya, di samping sebagai warisan kepada tamadun masyarakat sekeliling.

“Adalah menjadi harapan untuk melihat Masjid Diraja Sultan Suleiman ini bukan saja menjadi rumah ibadah bahkan menjadi nadi dan perlambangan keagungan Islam kepada masyarakat di sekelilingnya,” katanya.

Sehubungan itu, Haris meminta anggota jawatankuasa masjid tersebut supaya sentiasa memastikan masjid tersebut berada dalam keadaan bersih dan selesa supaya ia mampu menarik minat umat Islam untuk terus mengimarahkannya.

Beliau turut mengingatkan anggota jawatankuasa masjid supaya sentiasa berwaspada dan mengawasi setiap isi kandungan ceramah dan kuliah yang disampaikan penceramah bebas bagi mengelakkan timbulnya kekeliruan kepada masyarakat. – BERNAMA

Kategori