Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Sabah Selamat Untuk Dikunjungi...

KENINGAU - Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, Sabah...

Pembangkang Jangan Terlampau Menghasut...

ISKANDAR PUTERI - Pembangkang diingatkan tidak menjadi talam dua muka dalam menyatakan sesuatu...

Ku Nan Setuju Bayar...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor...

Pendaki Cedera Parah Mendaki...

MIRI – Seorang pendaki wanita berasal dari Sabah cedera parah setelah terjatuh semasa...

Korea Selatan Beli Kapal Selam Nuklear

SEOUL – Korea Selatan sedang berunding dengan Amerika Syarikat (AS) untuk membeli kapal selam berkuasa nuklear bagi menghalang ancaman Pyongyang.

Presiden Donald Trump dipetik laporan tempatan berkata hari ini, Seoul akan membeli ‘bilion dolar’ senjata buatan AS.

Kapal selam berkuasa nuklear mampu bertahan di dasar laut sehingga beberapa bulan, memberinya jarak lebih jauh berbanding milik negara jiran yang berkuasa diesel serta dianggap penting bagi menghalang mana-mana serangan nuklear.

Pembelian seperti itu akan menggariskan semula keseimbangan kuasa di timur laut Asia dan mungkin mencetuskan perlumbaan senjata serantau.

Jepun, sekutu lain AS, tidak memiliki kapal selam berkuasa nuklear dan dilarang memilikinya mengikut perlembagaan. Jepun dihalang mempunyai senjata itu di bawah perlembagaan damai pasca Perang Dunia Kedua.


Ketika tentera laut China yang semakin berkuasa tidak memasukkannya dalam armada mereka, Beijing tidak disangkal lagi akan berang dengan sebarang pemerolehan Seoul itu.

Selepas sidang kemuncak di Korea Selatan dengan rakan sejawatannya, Moon Jae-In, Trump hari ini berkata, negara itu akan membeli sejumlah besar senjata AS ‘sama ada pesawat, peluru berpandu, atau apa sahaja’. – AFP/BH ONLINE

Kategori