Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Imigresen Tumpas Sindiket Pemalsuan...

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen warga asing didalangi warga...

Baju Macam Alas Meja,...

PELAKON Nora Danish yang maklum mengenai hal baju rayanya heboh diperkatakan netizen menyifatkan...

Pekerja Kilang Maut Dihempap...

SEORANG lelaki warga Bangladesh maut selepas dihempap mesin memproses sabun di sebuah kilang Cyberjaya,...

Penduduk, Anggota Keluarga Menanti...

KUALA LUMPUR - Kawasan sekitar Pos Kawalan Bomba (PKB) di Kampung Paya Jaras...

KPDNKK Menafikan Harga LPG Akan Dinaikkan

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan bahawa harga gas petroleum cecair (LPG) akan dinaikkan sebagaimana tular di media sosial baru-baru ini.

Dalam kenyataan hari ini, KPDNKK berkata tindakan individu yang menularkan semula laporan akhbar tahun 2016 menerusi media sosial yang menyatakan bahawa harga LPG akan dinaikkan amat dikesali.

“KPDNKK menafikan sekeras-kerasnya bahawa LPG akan mengalami kenaikan harga, memandangkan ia adalah satu daripada lima barang kawalan KPDNKK.

“Tindakan tersebut dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan dikhuatiri akan menimbulkan suasana panik di kalangan pengguna,”katanya.


Kementerian itu meminta semua pihak untuk merujuk KPDNKK terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian sebelum menularkan sesuatu berita atau boleh membuat rujukan di portal sebenarnya.my. – BERNAMA

Kategori