Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Penjenayah Komputer Rusia Mengaku...

WASHINGTON - Penggodam Russia yang pada satu ketika mengawal lebih 100,000 komputer secara...

Australia Larang Aktif Galaxy...

DUA buah syarikat penerbangan Australia, Qantas dan Virgin Australia, melarang para penumpangnya untuk...

Safiq Kembali Pimpin Skuad...

JOHOR BAHRU - Kapten Johor Darul Ta'zim (JDT) Safiq Rahim kembali diberi tugas...

Ringgit Dibuka Susut Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit meneruskan penyusutannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sewaktu dibuka...

KPDNKK Patahkan Cubaan Seludup Minyak Masak

PASIR MAS – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan merampas lebih empat tan metrik minyak masak bernilai RM11,050 di Rantau Panjang di sini yang cuba diseludup ke Thailand, Khamis lepas.

Pengarahnya Datuk Ab Ghani Harun berkata empat warga Thailand iaitu tiga lelaki dan seorang wanita berumur antara 18 dan 38 tahun ditahan kerana disyaki cuba menyeludup minyak masak berkenaan.

“Pada pukul 7 malam, pihak kami menahan dua lelaki dan seorang wanita terbabit di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Rantau Panjang di sini dan pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan pikap yang dinaiki tiga suspek tersebut menemui 1,020 kilogram (kg) minyak masak bernilai RM2,550,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Jualan Murah di sebuah pasar raya di Tendong di sini, hari ini.

Ab Ghani berkata susulan tangkapan tiga suspek itu, kira-kira 50 minit kemudian, pihaknya menahan seorang lelaki warga Thailand di belakang sebuah pasar raya di Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang yang sedang memuatkan 3,400 kg minyak masak bernilai RM8,500 dalam sebuah kenderaan pikap.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 dan Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.


Mengenai persiapan barangan keperluan harian untuk menghadapi kemungkinan banjir di negeri ini, Ab Ghani berkata pihaknya telah menambah kouta simpanan barangan kepada pemborong sebanyak 30 peratus sehingga Februari tahun depan.

“Kita berharap pemborong tidak mengambil kesempatan ke atas langkah yang dilakukan oleh pihak kami itu, dengan niat untuk mengambil keuntungan berlebihan,” katanya. – BERNAMA

Kategori