Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Hotel Guna Khidmat Robot...

Tokyo - Sebuah hotel yang menggunakan khidmat robot dijangka dibuka pada 17 Julai...

Budak 4 Tahun Didera:...

KES dera membabitkan ibu dan teman lelakinya sudah sering kali dilaporkan. Ada kanak-kanak malang ini...

Generasi Kedua Felda Lega...

KUALA BERANG – "Kami lega dan gembira dengan perkembangan positif mengenai pemilikan lot...

Peguam Jangan Pandang Remeh...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membidas tindakan segelintir peguam yang mempersoalkan...

KPDNKK Sasar 1,000 Syarikat Francais Menjelang 2020

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyasarkan sebanyak 1,000 syarikat francais di negara ini menjelang 2020, kata Pengarah Bahagian Pembangunan Francais KPDNKK, Siti Aisah Ismail.

Beliau berkata sasaran itu mampu dicapai berikutan terdapat sejumlah 844 syarikat francais di negara ini yang meliputi pelbagai sektor.

Katanya sebanyak 65 syarikat francais tempatan telah berjaya mengembangkan perniagaan mereka ke 66 buah negara dan pembukaan 4,217 outlet di destinasi terpilih.

“Ini menunjukkan jenama francais tempatan diterima di luar negara dan majoriti sektor francais yang berada di luar negara berkaitan dengan bidang makanan dan minuman.

“Antaranya Marrybrown, The Manhattan Fish Market, Bangi Kopitiam dan Paparich,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Hari Francais sempena Karnival Jualan Mega KPDNKK 2017 di sini, hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Henry Sum Agong.


Siti Aisah berkata jumlah transaksi industri francais pada tahun lepas dicatatkan sebanyak US$1.28 juta manakala US$900,000 setakat ini tahun ini.

Terdahulu, Henry dalam ucapannya berkata industri francais memberi sumbangan yang besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara yang menyumbang sebanyak RM26.6 bilion atau 3.4 peratus kepada pendapatan negara pada 2016.

“Ini satu jumlah yang besar dan pada tahun depan, jumlah itu dijangka meningkat kepada RM27 bilion,” katanya.
– BERNAMA

Kategori