Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Mahkamah: Tertuduh Lari Risau...

Georgetown - Akibat terlalu bimbang dengan hukuman bakal dikenakan, seorang lelaki yang berada...

Perang MN, PN Dalam...

Kewujudan dua kem berbeza dalam parti Pas sudah tidak boleh disembunyikan lagi. Kem...

Bak Haiwan, Pasangan Kekasih...

SEPASANG kekasih tanpa segan silu melakukan hubungan seks dalam sebuah gerabak kereta api...

Israel Bedil Masjid Bersejarah...

GAZA: Serangan udara Israel memusnahkan Masjid al-Omari yang bersejarah di utara Semenanjung Gaza,...

KPJ Guna Pakai Platform Watson Untuk Onkologi

KUALA LUMPUR – KPJ Healthcare Bhd adalah hospital swasta pertama di Malaysia untuk mengguna pakai platform Watson Untuk Onkologi bagi pesakit kanser di lima hospital pakarnya, hasil kerjasama dengan IBM Watson.

Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Datuk Amiruddin Abdul Satar berkata, platform itu diperkenal pada Oktober di Hospital Pakar KPJ Damansara, Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Hospital Pakar KPJ Johor, Hospital Pakar KPJ lpoh dan Hospital Pakar KPJ Sabah.

“Kami membeli lesen itu untuk akses awan IBM Watson dan melayarinya untuk mengetahui bagaimana untuk mendiagnosis dan merawat pesakit kami. Lebih banyak kami mengguna platform itu, lebih banyak akan kami belanja untuk membeli lesen tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran media KPJ IBM Watson di sini, hari ini.

Watson Untuk Onkologi, dibangunkan IBM dengan kerjasama Memorial Sloan Kettering (MSK) Cancer Center, adalah platform pengkomputeran kognitif yang memberi pandangan untuk membantu doktor menyediakan rawatan pilihan untuk kanser berasaskan bukti.

Amiruddin berkata, KPJ Healthcare kini diberi lesen untuk mengguna sistem awan IBM Watson di mana lebih 100 juta rekod pesakit dengan lebih 20 bilion imej, 15 juta abstrak perubatan, 40 juta dokumen penyelidikan dan 12 juta lembaran teks dan data klinikal untuk dirujuk doktor.

Menurutnya, platform ini akan membolehkan doktor KPJ Healthcare menawarkan rawatan pilihan bagi merawat pesakit kanser dengan lebih berkesan.


Beliau berkata, walaupun dengan pelaksanaan platform tersebut , kos rawatan di hospital KPJ akan kekal sama kerana ia menyerap kos berkenaan.

“Kami percaya kepada keuntungan jangka panjang. Lebih baik perkhidmatan yang kami berikan kepada pesakit, kami akan jadi lebih terkenal. Pesakit kami akan tahu yang kami mampu memberikan mereka rawatan lebih baik dan ia boleh membantu mengurangkan pengulangan kanser dalam kalangan mereka,” katanya.

Sistem itu akan merangkumi pelan rawatan untuk kanser payudara, paru-paru, kolorektal, servikal, ovari, ,prostat dan pundi kencing.

“Menjelang akhir 2018 pelbagai jenis kanser lain seperti leukemia, N.H limfoma, tiroid dan pankreas akan terkandung dalam sistem itu,” kata Amiruddin. – BERNAMA

Kategori