Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Jawatankuasa Khas MA63 Bincang...

KOTA KINABALU - Jawatankuasa Khas untuk menyemak Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan bermesyuarat...

Argentina Beku Kenaikan Gaji,...

BUENOS AIRES - Presiden Argentina, Mauricio Macri mengumumkan pengurangan sebanyak 25 peratus untuk...

Polis Kedah Selamat 9...

ALOR SETAR - Sembilan lelaki yang dipercayai menjadi mangsa culik dan pemerdagangan manusia...

Selepas 3 Jam, Wahab...

KUALA LUMPUR: Selepas hadir ke Bukit Aman bagi membantu siasatan kes fitnah terhadap...

KPKT Harap Permohonan Kenaikan Elaun Diluluskan

SHAH ALAM – Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berharap permohonan kenaikan elaun kritikal lebih 13,000 anggota dan pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan segera diluluskan.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata permohonan yang dikemukakan sejak 2015 itu telah beliau bawa dalam mesyuarat Kabinet pada bulan lepas dan dibangkitkan ketika sidang Dewan Rakyat di Parlimen baru-baru ini.

“JBPM memohon kenaikan elaun kritikal bulanan sebanyak RM200 seperti yang diterima agensi penguat kuasa keselamatan, seperti Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

“Kabinet kini sedang mengkajinya dan saya berharap ia akan dapat maklum balas positif. Sekiranya semua berjalan lancar saya akan minta ia (kenaikan elaun kritikal) dilaksanakan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan JBPM Negeri Selangor di sini hari ini.

Noh bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah elaun kritikal yang diterima JPBM pada masa ini.


Mengulas lanjut, beliau berkata anggota dan pegawai agensi keselamatan itu seharusnya menerima manfaat berkenaan memandangkan mereka turut terdedah kepada risiko semasa bertugas.

“Ketika berdepan bencana anggota bomba juga gadaikan nyawa bila mengawal kebakaran. Baru-baru ini ada anggota bomba yang melecur badan kerana terbakar dan terkena renjatan elektrik.

“Bila tiba musim banjir pula, kita bekukan semua cuti mereka untuk bersedia hadapi sebarang kemungkinan. Sebab itu saya berpendapat JBPM juga patut diberikan (kadar) elaun yang sama,” katanya. – BERNAMA

Kategori