Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Eh… Pengodam Indonesia Rupanya...

GARA-GARA bendera Indonesia tersilap cetak dalam buku cenderamata Sukan SEA Kuala Lumpur 2017...

3 Beranak Rentung Dalam...

SANDAKAN - Tiga beranak rentung dan seorang lelaki cedera dalam kebakaran di sebuah...

Kes COVID-19, India Sekali...

NEW DELHI - India mencatat satu lagi rekod global hari ini apabila mencatatkan...

Rakyat Mexico Perlu Bekerja...

MEXICO CITY - Seorang rakyat Mexico yang mendapat gaji minimum perlu bekerja selama...

KSM Pandang Serius Penahanan JKKP Johor

PUTRAJAYA – Kementerian Sumber Manusia (KSM) memandang serius terhadap penahanan pegawai Jabatan Keselamatan dan Kesihatan (JKKP) Negeri Johor oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam rasuah.

KSM dalam satu kenyataan hari ini berkata walaupun ia adalah satu kes terpencil namun pihak KSM akan memastikan setiap pegawai jabatan dan agensi di bawahnya mematuhi dan menjalankan penguatkuasaan dengan berintergriti.

SPRM hari ini mengesahkan penahanan seorang lelaki berusia 37 tahun di sebuah hotel di Johor pada 2.40 petang semalam kerana disyaki meminta dan menerima wang berjumlah RM30,000 daripada seorang pengurus projek sebuah syarikat kejuruteraan petroleum.

Suspek disyaki meminta wang sebagai dorongan supaya tidak mengambil tindakan terhadap syarikat berkenaan yang didapati memasang Mesin Angkat tanpa mendapat kebenaran daripada pihak JKKP Johor.

KSM berkata ia telah mejalankan pelbagai program bagi meningkatkan integriti pegawai antaranya dengan mengadakan taklimat daripada SPRM, bekerjasama dengan SPRM untuk menjalankan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) untuk pegawai di jabatan dan agensi di bawahnya.


Kementerian itu juga mengguna pakai konsep Pengurusan Risiko Rasuah ke dalam Prosedur Kerja Standard, aktiviti penguatkuasaan dan pemeriksaan jabatan dan agensi, katanya.

“Pihak KSM juga komited dan akan sentiasa bekerjasama dengan semua pihak yang terlibat bagi menambah baik prosedur sedia ada dan juga demi menjaga integriti dan sistem penyampaian perkhidmatan awam,” katanya. -BERNAMA

Kategori