Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Video: Budak Ini Hampir...

APA akan jadi kepada nasib kanak-kanak ini sekiranya tiada cermin gelas berkenaan?Video yang...

Kren Tumbang, 40,000 Pengguna...

PETALING JAYA – Lebih 40,000 pengguna perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membabitkan...

Sokongan Memuncak Buat KM...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem kini berada di puncak....

Seribu Pemuzik Berhimpun Demi...

LEBIH seribu pemuzik berkumpul dan bermain bersama-sama lagu Learn To Fly bagi menjemput...

Kuching Siap Sedia Sambut Pasangan Diraja Britain

KUCHING – Sarawak sudah bersedia untuk menyambut ketibaan pasangan Diraja, Putera Charles dan isteri baginda Camilla di sini hari ini, hari kelima lawatan mereka ke Malaysia.

Setibanya di sini, Prince of Wales dan Duchess of Cornwall dijadualkan terus ke Kampung Budaya Sarawak, muzium hidup unik yang pernah memenangi anugerah terletak di kaki bukit Gunung Santubong, di Pantai Damai, kira-kira 35 km utara dari sini.

Kawasan seluas tujuh hektar itu menggabungkan sejarah, tradisi, gaya hidup dan seni bina serta dilengkapi dengan tujuh rumah tradisional Sarawak bagi mendidik pengunjung mengenai masyarakat serta budaya tempatan.

Putera Charles juga akan melawat Pusat Hidupan Liar Semenggoh dan Pusat Kepelbagaian Biologi Sarawak (SBC), sementara Camilla akan ke Old Court House di bandar untuk berjumpa wakil daripada pertubuhan bukan kerajaan, Purple Lily.

Ditubuhkan sejak empat tahun lalu, misi pertubuhan ini adalah memberi inspirasi dan memperkasa wanita serta gadis untuk memajukan diri dan menyerlah melalui latihan kemahiran hidup dan pengurusan kewangan.

Sementara itu, Pusat Hidupan Liar Semenggoh yang juga pusat rehabilitasi terbesar di Sarawak ditubuhkan pada 1975 bagi menempatkan orang utan yang cedera atau bayi orang utan yang kematian ibu.

Pusat ini dilaporkan sebagai tempat terbaik untuk melihat orang utan separa liar yang diselamatkan daripada kurungan dan dilatih untuk terus hidup di persekitaran hutan rizab.


Orang utan ini dibiarkan bebas di hutan simpan berkenaan dan hanya kembali ke pusat itu pada waktu makan.

Kira-kira 1.3km dari pusat rehabilitasi itu terletak SBC, yang dibina pada 1998 bagi tujuan pemuliharaan, penggunaan, perlindungan dan pembangunan mampan kepelbagaian biologi di negeri ini.

Lawatan ke Sarawak merupakan sebahagian daripada program lawatan rasmi pasangan Diraja ini di Malaysia.

Queen Elizabeth II dan Duke of Edinburgh pernah melawat Malaysia pada 1998 dan berkesempatan menghadiri perasmian pembukaan Sukan Komanwel ke-16 manakala The Duke dan Duchess of Cambridge pula datang berkunjung ke Malaysia pada 2012. – BERNAMA

Kategori