Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Mufti Pahang Nasihat Sajat...

KUALA LUMPUR - "(Nur) Sajat, berhentilah membinasakan diri kamu. Kalau di dunia ini...

Jihan Menang Anugerah Persembahan...

KUALA LUMPUR - Pelawak dan pengacara, Jihan Muse dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Persembahan...

Bosan Didesak Beli Kereta,...

JAKARTA - Bak kata pepatah sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Begitulah...

Batu 3, Sungai Rasau...

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membidas kenyataan Ahli...

Kurikulum Sekolah Disemak Setiap Lima Tahun

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan melaksanakan semakan terhadap kurikulum sekolah rendah dan menengah bagi setiap lima tahun, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P. Kamalanathan.

Beliau berkata langkah itu bagi memastikan kurikulum sedia ada ditambah baik dan kekal relevan dengan kehendak semasa.

“Kurikulum sedia ada memberi penekanan kepada aspek ilmu, amali, amalan dan penghayatan dan pembudayaan,” katanya menjawab pertanyaan tambahan Dr Mansor Abdul Rahman (BN-Sik) mengenai perkara berkenaan pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Kamalanathan berkata hanya 0.12 peratus daripada 5.1 juta pelajar di sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara terlibat dalam keruntuhan moral atau kebejatan sosial remaja seperti berjudi, mencuri, mengancam guru dan murid, peras ugut dan gangsterism.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan Nasrudin Hassan (PAS-Temerloh) mengenai pengembangan modul tahfiz ke sekolah lain, beliau berkata Kementerian Pendidikan juga mempunyai cadangan untuk memperkenalkan modul tahfiz dan vokasional di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA). – BERNAMA

Kategori