Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Doktor Bius Melancap Depan...

ANKARA - Sebuah mahkamah tempatan Turki di Aegean, wilayah Izmir pada 18 Ogos memerintahkan...

Lelaki Maut Terhidu Asap...

GEORGETOWN - Seorang lelaki maut dipercayai akibat terhidu asap berlebihan selepas sistem audio...

Penjawat Awam Berintergriti, Patuhi...

KANGAR - Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man mahu penjawat awam yang berkhidmat...

Strategi Tumpuan Pelanggan Celcom...

KUALA LUMPUR – Celcom Axiata Bhd (Celcom), melalui strategi tumpuan kepada pengalaman pelanggan...

KWP Buka Ruang Lebih Telus Dengar Rintihan Rakyat

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan akan membuka lebih banyak ruang bagi mendengar permasalahan penduduk di ibu kota menerusi program soal jawab ‘Bicara Rakyat’.

Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata melalui program itu, masyarakat setempat berpeluang mengutarakan isu, cadangan serta pandangan secara terus kepada pemimpin.

“Program ini lebih fokus kepada kawasan perumahan golongan pertengahan seperti rumah teres termasuk kondominium mewah.

“Daripada penelitian saya, kita selalu cuba menyelesaikan permasalahan perumahan awam sahaja seperi PPR (Projek Perumahan Rakyat) tapi di kawasan perumahan lain ada isu tersendiri juga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri program ‘Bicara Rakyat’ yang pertama kali diadakan di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di sini malam tadi.


Tengku Adnan berkata program itu akan dianjurkan secara berkala dan meliputi setiap kawasan Parlimen termasuk kawasan pembangkang.

Terdahulu, lebih 300 penduduk sekitar TTDI hadir ke program berkenaan dan antara isu yang diutarakan adalah bantahan mengenai projek pembangunan unit kediaman di atas tapak Taman Rimba Kiara, di sini selain cadangan menaik taraf sistem parkir. – BERNAMA

Kategori