Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bata Perjelas Isu 3...

TIDAK keterlaluan, kami katakan kasut keluaran Bata merupakan antara jenama popular dan favourite bagi...

Elyana Pakai Tudung Setiap...

PENYANYI dan pelakon Elyana mengambil pendekatan cuba menggenakan tudung pada setiap hari Jumaat...

77,010 Terima Dos Penggalak...

ISKANDAR PUTERI – Seramai 77,010 penduduk negeri ini telah menerima suntikan ketiga vaksinasi...

Video: Pelajar UniMAP ‘Tersalah...

AJAL dan maut sememangnya ketentuan Ilahi.Tindakan seorang pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) melompat di...

Lama Pilih Lagu, Ella Akui Ada Yang Tersinggung

AWAL Disember ini, Ratu Rock Malaysia, Ella bakal menggegarkan pentas Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) menerusi Konsert Ella Live With MPO: A Rock Queen’s Journey.

Konsert selama dua jam itu akan diiringi oleh Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO).

Namun, di sebalik kesibukan membuat persiapan, Ella mengakui ada segelintir pihak yang terasa hati dengannya.

Khabarnya, mereka seakan-akan menarik muka dengan penyanyi 51 tahun itu kerana Ella tidak memilih lagu kesukaan mereka.

Menurut Ella, dia melalui proses yang sukar untuk memilih lagu-lagu yang akan didendangkan sehingga mengambil masa hampir setengah tahun.

“Lagu-lagu untuk konsert akan datang ini dipilih dengan baik. Selama hampir setengah tahun juga la baru dapat pilih lagu yang bersesuaian.

“Daripada lebih 40 buah lagu dan akhirnya tinggal 16 yang akan dipersembahkan pada malam itu nanti,” katanya dipetik mStar Online.

Akui pemilik nama sebenar Nur Zila Aminuddin ini, sesi pemilihan lagu bagi konsert sedikit tegang apabila ada pihak yang ‘sentap’ kerana lagu yang mereka cadangkan tidak dipilih.


“Berikutan masing-masing mahu lagu pilihan mereka dinyanyikan pada konsert itu, akhirnya sesi terbabit bertukar menjadi sesi bertegang urat, hingga ada yang ‘sentap’ apabila lagu mereka tidak dipilih,” katanya dipetik BH Online.

Tambah Ella lagi, konsert ini berlainan dengan konsert-konsert sebelumnya dan merupakan cabaran terbesar sepanjang lebih 30 tahun pembabitannya dalam dunia seni.

Persembahan penyanyi ini turut diiringi oleh 90 ahli muzik professional yang dipimpin oleh Ahmad Muriz Che Rose.

Antara lagu yang akan dinyanyikan Ella pada dua malam itu ialah Pengemis Cinta, Pedih, Nuri, Rindu, Dua Insan Bercinta serta beberapa lagu malar segar yang lain.

Khabarnya, lagu terbaru yang berjudul Ku Sedia dalam album baharunya, Peace Love Rindu itu turut akan diperdengarkan kepada peminat-peminatnya.

Tiket berharga RM150, RM210, RM270 dan RM380 masih dijual dan boleh didapatkan di kaunter Box Office. – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori