Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Pelajar Tingkatan 5 Cedera...

ALOR SETAR - Seorang pelajar lelaki tingkatan lima di sebuah sekolah di Jalan...

Geng Ragut Rantai Guna...

SEPANG - Polis Sepang menumpaskan sekumpulan empat wanita yang melakukan jenayah ragut barangan...

72 Laporan Polis Isu...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 72 laporan polis diterima di seluruh negara berhubung kenyataan calon Parti...

Sultan Ibrahim Ziarah Sultan...

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan...

Lan Dipuji Datuk Ramli, Siti Nordiana Pula Dikritik?

GEGAR Vaganza minggu lalu menyaksikan Haida terpaksa meninggalkan pentas pertandingan kerana markahnya yang paling rendah.

Hazami pula menduduki tempat pertama dengan markah sebanyak 86%. Namun, juri tetap, Datuk Ramli MS memuji Lan Kristal kerana banyak peningkatan ditunjukkan sejak minggu pertama program itu bersiaran.

Tetapi, rakan duetnya iaitu Siti Nordiana (Nana) pula yang dikritik kerana nyanyi acuh tak acuh oleh Datuk Ramli.

“Orang yang bertanding itu nyanyi betul-betul. Orang yang tolong tu nyanyi acuh tak acuh.

“Bertanding Lan. Kalau dulu kau tolong dia (Nana) pun, kau nyanyi acuh tak acuh jugakan.. Itu fitrah manusia,” komen Datuk Ramli.

Mendengar respon Datuk Ramli, pelantun lagu Terus Mencintai itu menafikan perkara tersebut. Katanya dia telah memberikan persembahan terbaik.

Dalam pada itu, Nana turut memuat naik satu posting di Instagramnya.

By the way, semalam (Ahad) Nana dah nyanyi all out. Nana tak pernah buat benda acuh tak acuh.

“Segala persembahan Nana walau bukan Nana yang bertanding, Nana akan make sure Nana tolong partner Nana.


“Tapi, it’s oklah! Nana akan perbaiki lagi,” tulisnya di laman tersebut.

Sementara itu, menerusi laman Instagram, Lan menyatakan satu perkara yang tidak dijangka.

Khabarnya, Nana tidak mengambil sebarang tawaran dalam seminggu lalu demi menjayakan duetnya bersama Lan.

“Terima kasih juga sebab sanggup tak ambil mana-mana show sebab nak fokus lagu ni semata-mata nak tolong ex-boyfriend kau ni buat persembahan terbaik untuk minggu duet ini,” tulis Lan.

Vokalis kumpulan Kristal tersebut turut berterima kasih kepada Nana kerana menyokong perjalanan seninya dalam dunia seni.

“Terima kasih lagi sebab selalu jadi kawan yang sangat positif dan supportive untuk aku terus berjuang dalam industri muzik,” tambahnya lagi.

Pasangan duet ini mempersembahkan lagu berjudul Naluri Cinta nyanyian asal Rohana Jalil dan To’Ki pada minggu keempat tersebut. – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori