Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Jurutera Aeroangkasa British Dakwa...

KUALA LUMPUR - Selepas lebih tujuh tahun kapal terbang MH370 milik Penerbangan Malaysia...

Liza HotFM Akhiri Zaman...

Penyampai stesen radio popular HotFM, Khairu Norliza Khairudin atau Liza, menamatkan zaman bujangnya bersama...

‘Tall Poppy Syndrome’ Punca...

KUALA LUMPUR - Masyarakat Malaysia kini mengalami 'Tall Poppy Syndrome' disebabkan oleh kewujudan...

Muhyiddin Sedia Lepas Jawatan

KULAI : Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersedia untuk melepaskan...

Lan Minta Diberi Ruang, Akan Jawab Nanti

RAMAI terkejut apabila kumpulan Kristal kini dikatakan sibuk ingin mencari vokalis baharu ekoran Lan direhatkan setelah terlibat dengan program Gegar Vaganza (GV).

Lan atau nama sebenarnya Mohd Razlan Mohamed Yusof malahan meminta diberikan sedikit ruang untuk dia dapat fokus dengan persembahan mingguan di Gegar Vaganza akan datang.

Ini kerana katanya tema yang diberikan kepada semua peserta minggu ini agak mencabar buat dirinya sendiri.

Namun, menurut penyanyi berusia 32 tahun ini, dia akan menjawab segala persoalan yang diajukan mengenai statusnya dalam kumpulan Kristal itu selepas konsert kelima GV yang akan diadakan Ahad ini.

“Maaf, saya sibuk dengan penggambaran video dan kapsul untuk GV. Minggu ini punya tugasan sangat mencabar untuk saya.

“Jadi, saya nak minta sikit ruang untuk saya fokus pada persembahan minggu ini dulu.

“Insya-Allah selepas konsert Ahad, kalau saya dipanggil naik ke sidang media nanti, saya okey untuk jawab apa-apa soalan yang akan diajukan,” katanya dipetik mStar Online.

Semalam, gitaris kumpulan tersebut, Rody telah memuat naik satu entri menerusi laman Instagramnya.

Baca: Lan Masuk Gegar Vaganza, Kristal Cari Vokalis Baharu?


Entri berkenaan menyatakan Lan direhatkan dan kumpulan rock yang pernah popular dengan lagu Selagi Ada Rindu itu akan mengadakan auditions atau uji bakat untuk mencari vokalis baharu.

Terdahulu, Lan ada menyatakan hasratnya untuk bergerak solo, tetapi dalam nada bergurau.

Rody bahkan turut menyatakan bahawa keputusan Lan untuk bertanding dalam program tersebut tidak pernah dimaklumkan kepada ahli kumpulan yang lain.

Jadi, Rody mengambil nasihat orang lama untuk segera mencari vokalis baharu bagi kumpulan itu kerana ada antara peminat-peminat mereka berpendapat kumpulan itu seperti sudah tiada.

Diharapkan, isu panas ini dapat diselesaikan mereka dengan sebaiknya dan keputusan yang dibuat mampu memuaskan hati kedua-dua pihak. – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori