Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Juruterbang Dituduh Tembak MH17...

SEORANG juruterbang tentera Ukraine yang dituduh menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 pada...

Video Prank: Lelaki Terkejut...

LUMRAH menjadi lelaki, memang pantang kalau tengok wanita cantik dan seksi melepak dan...

Jambatan Pulau Pinang Ditutup...

GEORGE TOWN – Jambatan Pulau Pinang akan ditutup sementara pada 25 Nov (Ahad)...

Ribuan Sanggup Berbaris Untuk...

ADELAIDE - Ribuan orang sanggup berbaris panjang semata-mata hendak melihat secara langsung sambil menikmati...

Lebih 200 Pelajar Positif Dadah Di Kelantan

KOTA BHARU – Seramai 279 pelajar termasuk empat perempuan, positif mencuba dadah di negeri ini pada tahun ini, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan dimaklumkan hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata daripada jumlah itu, seramai 18 daripada mereka turut ditahan polis.

“Ia hasil ujian saringan air kencing yang dilaksanakan ke atas 3,957 pelajar lelaki dan 191 pelajar perempuan di 164 sekolah menengah kebangsaan.

“Pelajar-pelajar yang positif ujian air kencing itu masih di peringkat mencuba dadah dan belum lagi sampai ke tahap penagih dadah,” katanya pada sidang DUN Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan dikemukakan Abdul Halim Abdul Rahman (PAS-Chetok) yang mahu tahu mengenai bilangan penagih dadah yang melibatkan pelajar sekolah di negeri ini.

Mohamed Fadzli bagaimanapun tidak mendedahkan tarikh akhir ujian saringan air kencing itu diadakan.

Sementara itu, Datuk Seri Mustapa Mohamed (BN-Ayer Lanas) dalam soalan tambahannya mencadangkan agar Barisan Nasional (BN) dan PAS dapat bergerak bersama-sama terutama di peringkat akar umbi bagi menangani gejala itu.


Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan Negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood berkata kerajaan negeri akan sentiasa bersama-sama badan bukan kerajaan (NGO) untuk membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah di negeri ini.

“Dadah tak pernah kenal anak siapa sama ada mereka itu daripada orang UMNO atau PAS,” katanya.

Terdahulu, Abdul Fattah menjawab soalan dikemukakan Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) yang mahu tahu peranan dan langkah dikemukakan oleh kerajaan negeri dalam membantu polis membanteras gejala penagihan pil kuda di Kelantan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • dadah

Kategori