Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Salah ‘Parking’, Ismail Terima...

TAJAM betul mata netizen ni sampaikan satu 'benjolan' yang terdapat di seluar penyanyi...

1 Mei Tarikh Lihat...

KUALA LUMPUR : Tarikh melihat anak bulan Syawal ditetapkan pada petang Ahad, 1...

Barang Depan Premis, Laluan...

KUALA LUMPUR - Sikap pentingkan diri segelintir pemilik restoran di Jalan Delima 13...

Nauraj Cipta Rekod Baru,...

KUALA LUMPUR - Stadium Nasional Singapura nyata gelanggang bertuah buat atlet lompat tinggi...

Lelaki Bergambar Dengan Bom Tangan Akhirnya Maut

NAYA…seorang lelaki meninggal dunia selepas bergambar dengan sebutir bom tangan yang telah dibuka pinnya di dalam sebuah kereta.

Alexander ‘Sasha’ Chechik dari Rusia bagaimanapun sempat menghantar gambar dia memegang bom tangan itu sebelum ia meletup dan membunuhnya.

Menurut polis, lelaki itu dipercayai tidak berniat untuk membunuh diri sebaliknya dia menyangka bom tangan itu tidak akan meletup walaupun selepas pinnya ditarik, selagi bom itu tidak dibaling.


Susulan itu polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kemalangan, bukan bunuh diri. Namun insiden itu tetap disiasat.


Dalam pada itu rakan-rakannya yang menerima gambar dia memegang bom tangan itu, sangat terkejut dan merayu kepadanya supaya jangan melakukan perkara bodoh.

Namun mereka terlambat kerana bom itu sudah meletup. – Mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • Bom

Kategori