Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Terlebih Mesra, Drama Dia...

BARU-baru ini, drama bersiri popular yang ditayangkan di slot Akasia, Dia Isteri Luar Biasa...

“Saya Minta Maaf” –...

KUALA LUMPUR - Selepas dikecam pelbagai pihak, Naib Presiden DAP, M Kula Segaran...

Ular Tedung 10Kg Sorok...

“KETIKA membuka pintu kedai untuk memulakan perniagaan, saya terkejut melihat kelibat ular tedung...

Chong Wei Saman Razif...

Pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei akan memfailkan saman ke...

Lelaki Tendang Wanita Di Bank Negara Ditahan

KUALA LUMPUR – Lelaki yang dikatakan sengaja menendang seorang wanita di jejantas dari Bank Negara Malaysia (BNM) menuju ke Jalan Raja Laut seperti tersebar dalam media sosial, ditahan polis malam tadi.

Suspek berusia 34 tahun itu ditahan di hadapan Masjid Saidina Hamzah, Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh di sini pada 11.05 malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mazlan Lazim berkata siasatan mendapati suspek pernah ditangkap tahun lepas atas kesalahan sama.

“Suspek tidak mengalami sebarang masalah mental namun mempunyai sikap panas baran yang melampau.

“Suspek turut mempunyai rekod kesalahan lain seperti mengugut, melakukan kianat dan mencederakan orang lain,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.


Beliau berkata suspek kini ditahan dan permohonan reman sedang dibuat pagi ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan. – BERNAMA

Kategori