Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ibu Bengang Anak Kena...

IBU bapa mana yang suka apabila anak mereka dicederakan tanpa sebab yang kukuh....

Fazura Tak Rasa Dirinya...

TAK tahulah nak percaya atau tidak tapi inilah kenyataan yang dibuat oleh pelakon...

Tindakan SPR Ikut Perlembagaan...

PUTRAJAYA - Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendapatkan nasihat Jabatan Peguam Negara bagi...

Pesawat MAB MH128 Cuba...

PUTRAJAYA - Sebuah pesawat Malaysia Airlines Berhad (MAB) dalam perjalanan dari Melbourne ke...

Loji Janakuasa Di Uttar Pradesh Meletup

NEW DELHI – Angka kematian akibat insiden letupan dandang sebuah loji janakuasa arang batu di Uttar Pradesh, India, meningkat kepada 26 orang, lapor agensi berita China Xinhua pada Khamis.

“Sementara lebih 100 orang mengalami kecederaan dan dirawat di beberapa buah hospital. Jumlah korban mungkin meningkat memandangkan ramai mangsa yang cedera dilaporkan parah,” kata Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Uttar Pradesh, Arvind Kumar pada sidang media di Lucknow.

Letupan berlaku di Loji Kuasa Tenaga Nasional (NTPC) di Unchahar, daerah Raebareli pada Rabu, ketika 200 kakitangan sedang bertugas.
Pegawai kanan, Sanjay Kumar Khatri berkata kepada pemberita, operasi mencari dan menyelamat besar-besaran telah dilancarkan bagi mengesan mangsa yang dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan.

Loji janakuasa itu dikatakan berusia hampir 30 tahun, tetapi letupan berlaku di unit penjanaan kuasa 500 megawatt dan baru beroperasi Mac tahun ini. – BERNAMA

Kategori