Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Berita Bahasa Arab Raikan...

TV Alhijrah mencatat sejarah dengan melancarkan program berita Bahasa Arab Akhbar Alhijrah. Program 30...

Jemput Semua Rakyat Malaysia...

PUTRAJAYA - Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam menggesa penganut Hindu di...

Unit Skuba Tiba Di...

Tanjung Malim : Sepasukan lima anggota Unit Skuba Forensik Bukit Aman dilihat tiba...

9,002 Kes Baharu Covid-19...

Kuala Lumpur : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sebanyak 9,002 kes baharu Covid-19...

Loji Langat Dua Mula Bekal Air Bersih Tahun Depan

BANGI – Bermula Ogos tahun depan, penduduk di sekitar Hulu Langat bakal menikmati bekalan air bersih yang disalurkan melalui Loji Rawatan Air Langat 2.

Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang berkata lebih sejuta penduduk di kawasan itu akan menikmati faedah daripada air yang disalurkan terus menerusi kawasan tadahan dari Sungai Kelau dan Sungai Bilut di Pahang.

Katanya setakat ini pembinaan Langat 2 telah 80 peratus siap serta mengikut tempoh disasarkan untuk disiapkan sepenuhnya pada Disember 2019.

“Bagaimanapun sebelum projek yang ditunggu sekian lama ini siap sepenuhnya pada 2019, ia sudah boleh digunakan untuk menyalurkan bekalan air bersih kepada penduduk Kuala Langat selepas pertengahan tahun depan.

“Menjelang Disember 2019, kita yakin Langat 2 mampu menampung 25 peratus keperluan air bersih kepada seluruh penduduk di Lembah Kelang,” katanya pada sidang media selepas merasmikan sambutan hari alam sekitar Friends of Langat River (FoLR) di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman.

Projek Langat 2, yang tertangguh sejak 2008 dapat diteruskan apabila Selangor bersetuju mengeluarkan kebenaran merancang ‘Perintah Pembangunan’ selepas menandatangai perjanjian persefahaman antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan pada 26 Feb lepas.

Projek itu antara komponen utama Skim Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor bagi merawat 2,260 juta liter sehari (JLH) air mentah dari Sungai Semantan, Pahang ke Sungai Langat bagi memenuhi keperluan permintaan tambahan bekalan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 2025.


Mengenai FoLR, Zaini berkata ia merupakan usaha yang digerakkan kementerian bersama UKM serta komuniti setempat serta pihak yang prihatin dengan ekosistem Sungai Langat dan pemuliharaannya sebagai nadi penting kepada sumber air di Selangor.

Beliau berkata antara usaha yang dilakukan ialah membersihkan dan memastikan anak Sungai Bangi yang mengalir melalui UKM sebelum memasuki Sungai Langat terhindar daripada pencemaran atas faedah dan kepentingannya kepada masyarakat.

Sejak inisiatif itu digerakkan Mac lepas, sebanyak 13 aktiviti gotong-royong pemuliharaan sungai telah dilaksanakan selain turut menaik taraf tebingan sungai sebagai kawasan rekreasi.

Selain air yang mengalir semakin jernih, kita turut menyiapkan laluan sepanjang 2 kilometer di sisi sungai untuk tujuan beriadah seperti joging, berjalan kaki dan berbasikal, katanya. – BERNAMA

Kategori