Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Trend #FishBra Kegilaan Pelik...

INSTAGRAM merupakan salah satu platform untuk menunjukkan bakat-bakat yang tersembunyi seperti mengedit gambar,...

4 Cara Paling Mudah...

BERITA palsu tersebar sepanjang masa di laman media sosial dan seluruh ruang internet,...

Rasuah: OCPD Diarah Pantau...

JOHOR BAHRU - Semua Ketua Polis Daerah di sini diarahkan untuk sentiasa memantau...

Pinjaman Peribadi Untuk Bayar...

KUALA LUMPUR – Trend membuat pinjaman peribadi bagi melangsaikan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan...

‘Luar Biasa’ Luahan Hati Buat Ridzuan Puzi – Saiful

MOHAMAD Ridzuan Mohamad Puzi pernah ‘menggegarkan’ dunia sukan tanah air apabila menjadi atlet paralimpik pertama yang menjulang pingat emas di temasya Paralimpik Rio 2016.

Selepas kejayaannya dalam acara larian lelaki 100 meter T36 itu disebut-sebut, tular pula kisah hidupnya sebelum bergelar atlet yang mampu memberikan inspirasi kepada banyak pihak.

Disebabkan itu, seorang pengarah, Tunku Mona Riza terpanggil untuk mengangkat kisah hidup Ridzuan menjadi sebuah filem televisyen bertajuk Luar Biasa.

Ridzuan atau lebih mesra dengan sapaan Dek Wan menyatakan karya tersebut daripada perspektif abangnya sendiri, Mohamad Saiful Puzi.

“Selepas menonton saya sedar banyak perkara tentang abang yang saya tidak tahu. Abang Pun (panggilan kepada Saiful) bukan sahaja abang tetapi dia juga teman baik yang sentiasa berada di sisi saya.

“Apa digambarkan mengembalikan memori manis ketika kami masih kanak-kanak,” katanya dipetik mStar Online.

Pelakon kanak-kanak berbakat besar, Rykal Iskandar menyandang watak Dek Wan dan Idan Aedan sebagai abangnya, Saiful dalam filem tevisyen tersebut.

Menurut Saiful, filem ini mengetengahkan sisi survival Dek Wan sebagai seorang kelainan upaya untuk mengharungi kehidupannya sepanjang 30 tahun ini seperti orang biasa.

“Dek Wan tidak pernah tahu dia orang kelainan upaya. Di sebalik kekurangannya, adik saya ini semangatnya tinggi dan itu adalah perkara ‘luar biasa’ tentangnya yang mungkin orang tidak tahu.

“Kejayaannya pada hari ini adalah terhasil daripada semangatnya sejak kecil,” jelas Saiful.

Saiful juga mengakui kisah yang dipaparkan dalam Luar Biasa merupakan luahannya buat adik kesayangannya selain memaparkan kisah sebenar kehidupan atlet kebangsaan itu.


Luar Biasa sebenarnya adalah daripada prespektif saya sebagai abang tentang adik saya dan ia 100 peratus mengenai luahan saya tentangnya.

“Jika dilihat jalan cerita ini ia menunjukkan sisi saya tidak berpuas hati terhadap Dek Wan namun dia adalah individu paling penting dalam hidup saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, pengarahnya, Tunku Mona merasakan kisah dua beradik ini sangat menarik untuk dikongsikan dengan netizen.

Ia kerana realiti dua beradik ini bukan seperti adik-beradik yang lain yang sering menyokong satu sama lain.

“Apabila Saiful memberitahu dia bukanlah orang yang terlalu menyokong adiknya dan kehidupan mereka semasa kecil seperti kanak-kanak lain saya jadi tertarik untuk mengupas lebih lanjut mengenainya.

“Sebagai atlet berbakat besar semua orang sudah tahu mengenainya tetapi kisah di sebalik dan siapa orang di sekelilingnya adalah satu elemen berbeza,” katanya.

Filem televisyen ini akan ditayangkan di Astro Citra pada 25 November ini dan merupakan kempen anjuran Astro iaitu Karya 12.

Mungkin kisah disebalik filem televisyen ini mampu memberi inspirasi dan menaikkan semangat orang kelainan upaya yang lain untuk tidak berputus asa dalam meneruskan kehidupan. – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori