Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan Pelacur Di...

GEORGETOWN - Taktik sindiket pelacuran yang menjadikan sebuah rumah sebagai tempat operasi mereka...

Parlimen: Tok Pa Muncul...

KUALA LUMPUR - Anggota Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini ‘muncul’...

Sultan Tegur Pemaju Lebih...

TANJONG MALIM - Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini menegur tindakan pemaju...

EPL: Fabregas Gembira Di...

LONDON - Pengurus bermulut lancang Chelsea, Jose Mourinho percaya bintang tengah yang baru...

Macam Kain Langsir, Baju Uqasha Jadi ‘Bahan’ Netizen

SEMALAM berlangsungnya acara berprestij, Anugerah Skrin 2017 yang menghimpunkan artis-artis terkenal dalam satu majlis bagi iktiraf bakat-bakat seni tempatan mewarnai dunia hiburan.

Anugerah bertemakan ‘Glam’ yang penuh gilang gemilang itu berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) , Kuala Lumpur dan dihadiri ramai artis dengan pelbagai gaya serta busana.

Hadir ke majlis tersebut dengan berbaju menjolok mata yang mendedahkan bahagian lengan, pelakon drama Tundukkan Playboy Itu, Uqasha Senrose mendapat perhatian ramai netizen.

Pakaian yang digayakan oleh Uqasha atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen ketika menghadiri anugerah ‘pop culture’ tersebut dikatakan terlalu sendat sehingga menampakkan susuk badannya.

Netizen justeru mempertikaikan imej pakaian pelakon itu dengan meninggalkan komen berbaur negatif kerana pemakaian tersebut dianggap tidak sesuai dan agak keterlaluan.

Tambahan pula, sebelum ini Uqasha pernah manis bertudung litup namun mengambil keputusan kembali freehair selepas mengakui terkongkong dengan imej penutup kepala itu.


Sabar je lah… Kalau dah namanya artis, pasti ada sahaja tingkah laku dan gerak geri yang sering menjadi bualan peminat.

Hmm… Apa agaknya komen Uqasha mengenai perkara ini? Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana reaksinya kan?

Sama-sama kita tunggu kenyataan daripada pelakon jelita ini… – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori