Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Umrah: SOP Baharu Telah...

PUTRAJAYA : Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berkata prosedur operasi standard (SOP)...

Keng Leong Janji Pindah...

PORT DICKSON - Calon Bebas, Stevie Chan Keng Leong berjanji akan berpindah ke...

Laksa Cap Kunci Rupanya...

KANTOI... Selama ini mungkin ramai pernah membeli laksa Cap Kunci atau dihidangkan dengan...

Jika Ditambah RM196 Bilion,...

KUALA LUMPUR – Hutang negara didakwa meningkat lagi minggu ini kepada RM804 bilion,...

Macau Scam Akibatkan Rugi RM7.2 Juta Di Selangor

PETALING JAYA – Sebanyak 228 kes yang berkait dengan penipuan “Macau Scam” dicatatkan membabitkan kerugian kira-kira RM7.2 juta di Selangor dari Januari hingga November ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata walaupun pihak berkuasa telah mengeluarkan banyak peringatan kepada orang ramai namun kes berkaitan penipuan seumpama ini masih berlaku melibatkan pelbagai latar belakang mangsa termasuk golongan profesional.

“Masyarakat harus berhati-hati dalam melakukan sebarang transaksi melibatkan kad kredit dan jangan mudah panik serta terpedaya dengan sindiket ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Pelupusan Barang Kes Judi Dalam Talian di Balai Polis Ara Damansara, di sini, hari ini.

Jenayah “Macau Scam” ini kebiasaannya melibatkan penipuan menggunakan panggilan palsu daripada talian antarabangsa yang memperdaya mangsa untuk mendedahkan nombor akaun bank, nombor pengeluaran wang otomatik (ATM) atau kad kredit.

Orang ramai boleh melayari portal rasmi Bank Negara Malaysia untuk mendapatkan maklumat dan modus operandi anggota sindiket yang licik menipu rakyat negara ini.

Mazlan berkata sepanjang tahun lepas sebanyak 213 kes berkaitan penipuan itu telah direkodkan melibatkan kerugian yang dianggarkan lebih RM17.3juta.

Beliau berkata anggota sindiket itu juga dikesan menyamar sebagai pegawai bank dan menawarkan bantuan kononnya untuk mengelakkan wang mangsa dirampas atau dibekukan sebelum meminta mangsa memindahkan wang ke akaun lain yang dibekalkan oleh sindiket.

“Sekiranya sesiapa menerima panggilan yang mengatakan daripada pihak polis atau bank, jangan takut…orang ramai boleh terus datang ke balai polis yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.


Sementara itu, Mazlan berkata sebanyak 3,885 barang kes melibatkan kesalahan mesin judi dalam talian yang dikendalikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, bernilai RM2.3 juta akan dilupuskan.

Beliau berkata, tahun ini sehingga Oktober sebanyak 628 serbuan telah dibuat IPD Petaling Jaya terhadap premis judi dalam talian.

Beliau berkata, dalam serbuan itu sebanyak 609 individu terdiri daripada penjaga dan pelanggan telah ditahan manakala 7,834 unit mesin judi dirampas.

Katanya, setakat ini aktiviti perjudian itu masih terkawal dan berharap orang ramai dapat berperanan lebih aktif bagi menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan itu kepada polis. – BERNAMA

Kategori