Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Lebih 7.5 Juta Dos...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 7,593,179 dos vaksin diberikan setakat semalam di bawah Program...

Kesilapan Kerjaya Ramai Selalu...

Nak dapatkan kerjaya yang kamu ingini? Ya. Untuk dapatkannya, kena berani lakukan perkara yang...

Pastikan Kemenangan Sebagai Hadiah...

ROMPIN - Pengundi-pengundi Rompin yang menyokong BN diminta keluar mengundi pada PRK Parlimen...

Pengasas YTL Tan Sri...

KUALA LUMPUR - Bilionair Tan Sri Yeoh Tiong Lay, pengasas YTL Corporation Bhd.,...

Mahathir Paling Takut Kena Pakai Baju Oren…

KUALA LUMPUR – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad dihantui bayang-bayang sendiri apabila membuat dakwaan tidak berasas kononnya Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka ke atasnya disebabkan ada pihak mahu melihat beliau memakai pakaian lokap.

Mahathir yang kini sekutu kuat DAP mendakwa desakan Dewan Diraja Selangor supaya satu siasatan dan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948 atau apa-apa undang-undang berkaitan diambil terhadapnya kerana menghina keturunan Bugis kononnya disebabkan beliau menentang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Sejak saya aktif lawan Najib ramai orang minta saya diberi pakaian oren dengan perkataan lokap. Ini satu langkah lagi ke arah itu. Kalau polis buat siaatan, saya mungkin kena pakai baju kuning itu dan puas hatilah ramai orang.

“Dewan yang buat keputusan ini pun mungkin berminat lihat gambar saya pakai baju lokap,” dakwanya dalam satu rakaman video menerusi Facebook beliau hari ini.

Mahathir semasa berucap dalam perhimpunan Pakatan Harapan di Padang Timur, Petaling Jaya, Selangor pada Oktober lalu dikecam ramai pihak kerana seolah-olah melabel etnik Bugis sebagai lanun sewaktu beliau mengkritik Perdana Menteri.

Berikutan itu, masyarakat keturunan Bugis negara ini mengecam Mahathir kerana dilihat membuat kenyataan yang bertujuan mencetuskan rasa benci serta prasangka buruk rakyat terhadap etnik Bugis hanya semata-mata beliau mahu menumbangkan UMNO.

Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais dalam satu kenyataan hari ini berkata, Sultan Selangor turut memandang serius dan murka dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mahathir itu kerana ia boleh mencetuskan kekecohan serta huru-hara.

Justeru, kata beliau, Dewan Diraja Selangor menuntut supaya satu siasatan dan tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan 1948 atau apa-apa undang-undang berkaitan diambil terhadap Mahathir.


Kata beliau, berdasarkan rakaman klip video ucapan berkenaan yang telah tular di media sosial, tohmahan dan kenyataan Mahathir itu jelas menghina dan menggolongkan bangsa Bugis ini kononnya berasal usul dari golongan lanun, perompak dan penjenayah.

“Ahli-ahli Dewan Diraja Selangor menganggap ucapan berkenaan amatlah keterlaluan dan boleh mencetuskan perasaan benci dan prasangka buruk rakyat terhadap bangsa Bugis. Tohmahan ini secara tidak langsung menghina salasilah dan keturunan Kesultanan Selangor yang berasal dari Bugis.

“Fakta sejarah membuktikan bahawa Kesultanan Selangor berketurunan Bugis merupakan pahlawan yang memperjuangkan dan mempertahankan agama dan keamanan di seluruh kepulauan Melayu nusantara,” katanya.

Mahathir bertindak keluar daripada UMNO selepas gagal menjatuhkan Najib daripada tampuk pimpinan tertinggi parti terbesar kaum Melayu itu bagi menjulang anaknya Datuk Seri Mukhriz dan orang kepercayaannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerajui UMNO.

Beliau seterusnya menubuhkan PPBM. Mahathir kemudian dipancing oleh DAP dan Pakatan Harapan untuk menyertai gabungan parti pembangkang tersebut.

Sejak itu, Mahathir dibawa oleh DAP dan Pakatan Harapan masuk ke kawasan Melayu terutama di kampung-kampung dan Felda bagi menghasut orang Melayu memberi sokongan kepada DAP dan Pakatan Harapan. -MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • Bugis

Kategori