Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Peninju Elit, Afuqanie Idam...

KUCHING - Peninju elit kebangsaan, Afuqanie Ahmad Anshori mengintai peluang meraih pingat emas...

2 Sahabat Dipenjara Sehari...

KUALA LUMPUR - Dua sahabat dijatuhi hukuman penjara sehari dan denda RM500 kerana...

Kereta Berlagak Pelekat Polizei...

AMPANG - Seorang pemuda ditahan pihak polis selepas memandu sebuah kereta yang diubah...

Skuad Tenpin Boling Mahu...

PETALING JAYA – Skuad tenpin boling negara sekali lagi mahu mengekalkan dan menjadi...

MAINJ Masih Teruskan Dermasiswa, Pinjaman Kepada Pelajar

ISKANDAR PUTERI – Kerajaan Johor menerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) masih meneruskan bantuan dermasiswa dan pinjaman kepada pelajar Johor yang melanjutkan pengajian di Mesir dan Jordan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor Abd Mutalip Abd Rahim berkata bantuan dermasiswa pelajaran disediakan untuk pelajar pengajian Islam dengan jumlah RM6,000 setahun bagi pelajar di Mesir manakala RM8,000 bagi pelajar di Jordan.

“Pelajar bidang perubatan dan pergigian pula, mereka menerima pinjaman pelajaran RM30,000 setahun untuk enam tahun pengajian,” katanya menjawab soalan Abdullah Husin (PAS-Puteri Wangsa) mengenai bantuan yang diberi kerajaan Johor bagi membantu pelajar Johor di luar negara seperti Mesir, pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini hari ini.

Abd Mutalip berkata bantuan masih diteruskan termasuk pemberian kepada permohonan pelajar baru walaupun beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah membekukan permohonan kepada pelajar baru.

Beliau berkata pemberian bantuan berkenaan tertakluk kepada kuota yang ditetapkan kerana perbelanjaan MAINJ juga perlu mengambil kira lain-lain keperluan asnaf di Johor.


​​​Katanya secara umumnya, MAINJ memperuntukkan sebanyak RM17.2 juta pada tahun 2018 sebagai bantuan kepada 48,330 pelajar kurang berkemampuan dalam pelbagai kategori dan peringkat pendidikan termasuk pelajar di Mesir dan Jordan.

“Suka untuk dijelaskan bahawa, peruntukan pembiayaan pinjaman pelajaran adalah menggunakan sumber Baitulmal dan bukan zakat manakala bagi bantuan dermasiswa pula, sumber kewangannya adalah daripada asnaf miskin bagi pelajar kurang berkemampuan dan sumber fisabilillah bagi pelajar di luar garis kemiskinan,” katanya.

Menurut Abd Mutalip, secara umumnya MAINJ memperuntukkan sebanyak RM17.2 juta tahun depan sebagai bantuan kepada 48,330 pelajar kurang berkemampuan dalam pelbagai kategori dan peringkat pendidikan di negeri ini termasuk bantuan kepada pelajar yang melanjutkan pengajian di Mesir dan Jordan. – BERNAMA

Kategori