Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Saudi Aramco & Petronas...

PUTRAJAYA - Saudi Aramco dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan memeterai perjanjian pelaburan...

Anak Malaysia Tukar Padang...

TUMPANG bangga kami membaca kisah inspirasi mengenai seorang anak Malaysia yang berjaya di...

Kursus Untuk Hakim Sebelum...

PUTRAJAYA - Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) hari ini menyangkal dakwaan sesetengah pihak...

Penubuhan Malaysia Bawa Faedah...

KUALA LUMPUR - Penubuhan Malaysia 54 tahun dahulu telah membawa banyak peluang ekonomi...

Malaysia Cadang Tingkat Kerjasama Ekonomi Hijau

KUCHING – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata sudah sampai masanya bagi tiga negara, iaitu Indonesia, Brunei dan Malaysia untuk meningkatkan usaha dan kerjasama dalam menggalakkan ekonomi hijau, termasuk teknologi hijau dan pemuliharaan hidupan liar.

Beliau berkata Malaysia akan membantu memudahkan perbincangan lebih lanjut mengenai cadangan ini dalam rangka forum yang sesuai melibatkan negara-negara terbabit.

“Saya yakin usaha bersama kita akan dipuji rakyat dan masyarakat antarabangsa,” katanya dalam ucap tama beliau pada majlis perasmian Forum Ekonomi Islam Sedunia Ke-13 (WIEF), di sini, hari ini.

Najib berkata Malaysia menyokong sepenuhnya idea ekonomi hijau menjadi sebahagian penting kepada pembangunan negara, dan dalam masa yang sama, mengiktiraf keperluan untuk memulihara kelestarian alam sekitar bagi generasi akan datang.

“Perubahan disruptif bakal tiba dan negara-negara tidak boleh mengelakkannya tetapi sebaliknya harus menerimanya,” katanya.

Perdana Menteri berkata Malaysia telah merangka dasar digitalnya sendiri dan menyasarkan ia menyumbang 20 peratus kepada keluaran dalam negara kasar negara menjelang 2020, jikapun tidak lebih awal lagi.

“Itulah sebabnya mengapa kita baru-baru ini menjadi negara pertama di dunia di luar China yang menubuhkan Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ).


“Ini akan menyediakan zon fizikal dan maya bagi memudahkan perusahaan kecil dan sederhana untuk memanfaatkan pertumbuhan pesat yang kita lihat dalam ekonomi Internet dan e-dagang rentas sempadan,” katanya.

Malaysia, katanya, telah muncul menjadi satu daripada pasaran e-dagang utama, menjana hasil sebanyak US$2.3 bilion pada tahun lepas sahaja.

Najib melahirkan harapan agar DFTZ dapat membantu mencapai sasaran Malaysia menjadi hab e-dagang serantau. – BERNAMA

Kategori