Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Kes Baharu Covid-19 Meningkat...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan sebanyak 190 kes baharu yang telah dilaporkan dan...

Harapan Pemandu Teksi Hancur…...

LAGI PUSINGAN U... Jika sebelum berkuasa, Pakatan Harapan (PH) lantang kritik kerajaan dengan...

Hujan Di Jakarta Luar...

JAKARTA - Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh dalam banjir besar yang melanda di ibu...

Jerebu: Indonesia Belum Bersedia...

PUTRAJAYA - Malaysia tidak pernah bertanya Indonesia kenapa ia tidak menerima tawaran untuk...

Malaysia Kutuk Insiden Tembakan Di Gereja Texas

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengutuk insiden membabitkan seorang lelaki bersenjata yang melepaskan tembakan semasa upacara sembahyang di sebuah gereja di Sutherland Springs, Texas, Amerika Syarikat pada Ahad.

Beliau menyuarakan rasa jijik terhadap serangan yang dilakukan di rumah ibadat.

“Jijik dengan satu lagi serangan berlaku di tempat beribadat. Ingatan dan doa saya buat mereka yang terjejas akibat insiden tembakan yang dahsyat di Texas,” kata beliau menerusi tweeter hari ini.

Media asing melaporkan 26 orang terkorban selepas seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ketika upacara sembahyang sedang berlangsung di sebuah gereja di Sutherland Springs, Texas, pada Ahad.

Agensi berita Xinhua memetik Gabenor Greg Abbott sebagai berkata serangan bersenjata di gereja itu merupakan insiden tembakan paling buruk dalam sejarah di negeri berkenaan. Menurut pihak berkuasa, mangsa berusia sekitar lima hingga 72 tahun.


Agensi berita itu melaporkan Peguam Negeri Texas Ken Paxton memberitahu media tempatan seorang lelaki berjalan masuk ke gereja itu kira-kira 11.30 pagi Ahad dan terus melepaskan tembakan ke arah sekumpulan orang yang sedang bersembahyang.

Pihak berkuasa mengenal pasti penembak itu sebagai Devin Kelly, 26. Penembak Texas itu membawa selaras raifal dan memakai ves kalis peluru, menurut laporan media tempatan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • kutuk

Kategori