Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

LFL Gesa Singapura Henti...

Kumpulan hak asasi Lawyers for Liberty (LFL) hari ini menuntut Singapura menghentikan pelaksanaan...

Cuba Serang Pegawai Polis...

IPOH - Empat pelanggan lelaki di sebuah pusat hiburan di sini ditahan selepas...

Wisma Putra Perlu Tegas...

KUALA LUMPUR: Wisma Putra harus bertindak tegas dalam isu pencerobohan China di ruang...

UITM FC Diberi Kemenangan...

KUALA LUMPUR - UiTM FC diberi kemenangan percuma 3-0 pada perlawanan Liga Perdana...

Malaysia Perlukan Kesederhanaan

PUTRAJAYA – Kesederhanaan atau Wasatiyyah bukanlah hanya sebahagian daripada tradisi Malaysia tetapi ia merupakan keperluan bagi rakyat negara ini yang mempunyai pelbagai kepercayaan dan etnik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata ia hanya dapat dicapai dengan mengamalkan kesederhanaan yang merangkumi saling menerima, saling menghormati dan adanya persefahaman antara satu sama lain.

“Ini tidak mudah bagi semua. Kesederhanaan bukanlah pilihan yang ringan. Ia adalah sesuatu yang kita perlu usahakan untuk menjadikannya sebahagian daripada kehidupan kita, sebahagian daripada cara kita berfikir tentang orang lain dan cara kita bertindak.

“Inilah sebabnya saya memperjuangkan kesederhanaan sebagai jalan yang terbaik kerana kesederhanaan merupakan kesempurnaan manusia, yang diajar oleh Islam serta agama-agama lain juga.

“Kita memahami dan menghargai perbezaan yang ada di antara kita, dan ingatlah bahawa ia sebenarnya mengayakan kita.


“Malah, itulah yang menjadikan Malaysia,” kata beliau semasa berucap melancarkan laman web dan dua penerbitan terbaharu Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) di Perdana Putra di sini.

Kategori