Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Jurukamera RTM Buat Laporan...

KUALA LUMPUR - Jurukamera Radio Televisyen Malaysia (RTM) Lutin Ahmad, 39, yang didakwa...

Honda Malaysia Buka Pusat...

KUALA LUMPUR - Pengedar Honda terbesar di Terengganu telah melancarkan Pusat 3S yang...

Khalwat: Warga Bangladesh Sanggup...

ALOR SETAR - "Saya sanggup sembah kaki tuan. Tolonglah, lepaskan saya," demikian rayuan...

“Saya Saksikan Agong, Sultan...

KUALA LUMPUR – Pengerusi Gabungan Gerakan Perpaduan Kebangsaan (GerakPadu), Datuk Mohd Razlan Rafii...

Malaysia, Pintu Masuk India Ke ASEAN

Perdana Menteri berkata perkongsian strategik yang dijalin antara kedua-dua negara itu pada Oktober 2010 dibina atas hubungan erat secara tradisinya dan dipertingkatkan lagi dengan lebih dinamik.

“Usahawan dan syarikat Malaysia kini memanfaatkan peluang ekonomi dan pelaburan yang amat besar di India, terutamanya dalam prasarana,” katanya.

Beliau berkata antara negeri-negeri di India yang syarikat Malaysia aktif beroperasi ialah Rajashtan, Telegana, Andhra Pradesh, Maharashtra dan Tamil Nadu.

Najib berkata oleh kerana Malaysia dan India menyertai dalam Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau, kedua-dua negara akan menjadi sebahagian daripada kawasan yang mengandungi hampir 50 peratus daripada penduduk dunia dan menyumbang hampir 40 peratus daripada perdagangan global apabila perjanjian perdagangan mega itu dimuktamadkan kelak.


“Jadi kedua-dua negara ini bukan sahaja bersiap sedia, tetapi juga bertekad untuk menyemarakkan Asia ke persada global,” katanya. – BERNAMA

Kategori