Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

RPEL Bantu Lahir Pekerja...

KUALA LUMPUR – Skim Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (RPEL) yang memberi peluang kepada kumpulan...

Polis Lumpuh 2 Sindiket...

KUANTAN - Polis berjaya melumpuhkan dua sindiket pengedaran dadah di sekitar daerah ini...

BN Kedah Kota Janji,...

JITRA - Kelulusan dan pembinaan sebanyak 28,081 unit buah rumah sejak Barisan Nasional...

Joe Terus Kunci Mulut...

KUALA LUMPUR - Bekas gitaris kumpulan Wings iaitu Joe mengambil pendekatan untuk terus...

Malaysia Sasar Eksport 30% Ayam Pedaging Menjelang 2030

REMBAU – Malaysia menyasar untuk mengeksport sekurang-kurangnya 30 peratus ayam pedaging menjelang 2030.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, ketika ini negara hanya mengeskport kira-kira tujuh peratus daripada sejumlah 1.5 juta ekor ayam pedaging yang dikeluarkan oleh kilang-kilang dan pusat ternakan setiap hari.

“Justeru saya menyeru syarikat -syarikat pemprosesan ayam pedaging untuk mempertingkatkan pengeluaran bagi pasaran dunia dan keseluruhan kerana kita tahu tahap kecukupan ayam pedaging di Malaysia sekarang ini sebanyak 128 peratus.

“Ini menyumbang sebanyak 75 peratus daripada pasaran keseluruhannya bernilai RM10 bilion daripada industri ternakan negara,” katanya dalam ucapan perasmian Kilang Pemprosesan Ayam Pedaging Hy-Fresh Al Barakah Food Industries Sdn Bhd di Pedas Halal Park, di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Pengerusi Eksekutif Hy-Fresh Albarakah Food Industries Sdn Bhd Datuk Mohd Tahir Picho dan pengasas Kumpulan Hy-Fresh Datuk Seri Pua Tian Song.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata Malaysia juga merupakan antara pengeksport bersih ayam pedaging dalam kalangan negara ASEAN dan tidak lagi menjadi negara pengimport ayam.

Sehubungan itu,Timbalan Perdana Menteri berkata pengusaha dan penternak ayam berskala besar perlu mempertingkatkan lagi produktiviti mereka, sekali gus menyumbang kepada jaminan makanan negara.

” Kita tahu apa yang telah kita lakukan adalah sebahagian daripada strategi ‘ food security’ (jaminan makanan) di negara kita dan kita bukan hanya pandang dari segi ‘bottom line’ (keuntungan) untuk pengeluaran ayam ini , tetapi kita mahu daripada segi jangka panjangnya semua protein termurah ini dapat dinikmati,” katanya.


Selain itu, katanya, pensijilan halal yang dikeluarkan negara ini merupakan antara sijil yang tersohor dan diiktiraf di seluruh dunia sekali gus menarik minat banyak negara lain untuk mendapatkannya.

“Ketika lawatan saya ke Korea dan Jepun, mereka meminta supaya produk-produk halal Malaysia dapat dibawa ke negara-negara berkenaan bersempena acara antarabangsa kerana halal bukan hanya untuk orang Islam, halal untuk semua agama .

“Ini kerana sijil halal mempunyai Prosedur Operasi Standard daripada segi kebersihan yang dibuat secara saintifik. Inilah yang dihargai oleh pasaran dunia,” kata Zahid.

Sementara itu, kilang pemprosesan ayam pedaging Hy-Fresh Albarakah itu yang mula beroperasi akhir tahun lepas mempunyai fasiliti penyembelihan dengan keupayaan memproses sebanyak 150,000 ekor ayam sehari.

Kilang berkenaan turut dilengkapi 12 bilik sejuk beku yang boleh menampung 6,000 tan metrik ayam dan pelbagai kemudahan lain.

Setakat ini syarikat tersebut telah berjaya memperoleh kontrak membekalkan ayam ke pasar raya seperti NSK, Tesco, Giant dan Econsave dan menjadi pembekal utama kepada restoran makanan segera KFC, Old Town, Ayamas serta mengeksport ayamnya ke pasaran Singapura. – BERNAMA

Kategori