Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Jawatankuasa Ditubuh Siasat Kemalangan...

KAMPAR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak menubuhkan satu jawatankuasa siasatan...

Pajakan Tanah SMK Convent...

PUTRAJAYA - Tempoh pegangan pajakan bagi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Nanas,...

‘Asean Unity Run’ Perlu...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyarankan supaya program 'ASEAN...

Siapa Individu Dan Pasukan...

Kebaikkan hati dan keprihatinan TMJ mengundang rasa kurang senang pihak tertentu sehingga memfitnah baginda sebagai iri hati.

Malaysia Sertai Mesyuarat Pakatan Pertahanan Ketenteraan Islam

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan menyertai Mesyuarat Pertama Majlis Menteri-menteri Pertahanan Pakatan Ketenteraan Islam Memerangi Keganasan (IMCTC) pada 26 November ini.

Mesyuarat yang akan berlangsung di Riyadh tersebut akan dirasmikan oleh Tengku Mahkota Mohammed Salman Al Saud, Tengku Mahkota dan Menteri Pertahanan Kerajaan Arab Saudi.

IMCTC merupakan sebuah pakatan pan-Islam 41 buah negara dalam memerangi keganasan.

Mesyuarat pertama IMCTC bertemakan “Bersama Memerangi Keganasan” merangkumi dasar berkaitan empat bidang IMCTC iaitu ideologi, komunikasi, pembiayaan memerangi keganasan dan ketenteraan.

Pemangku Setiausaha IMCTC, Leftenan Jeneral Abdulelah AlSaleh dijadual akan menggariskan strategi, tadbir urus, aktiviti dan perancangan masa depan pakatan berkenaan pada mesyuarat itu.


“Pusat ini menyediakan platform terbuka untuk negara anggota IMCTC yang bersedia untuk bertukar amalan terbaik dan menyelaraskan usaha mereka dalam memerangi keganasan yang membolehkan penyelesaian serantau dan tempatan yang bersesuaian untuk menangani keganasan,” kata Abdulelah.

Komander Tentera IMCTC, Jeneral Rahil Sharif pula berkata, cabaran terbesar di Abad ke-21 terutama di dunia Islam adalah menghadapi fenomena berbahaya keganasan. – Mynewshub.cc

Kategori