Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Polis Mengaku Tidak Bersalah...

KUALA LUMPUR - Seorang Lans Koperal polis dihadapkan di Mahkamah Tinggi di sini...

Orang Melayu Akan Bangsat...

KANGAR - Orang Melayu akan bangsat jika UMNO hilang kuasa, kata Perdana Menteri...

Wajah Elfira Loy Dikatakan...

JIKA dahulu, pelakon Shukri Yahaya sering dikaitkan dengan aktor popular Filipina iaitu Jericho Rosales...

Penjaja Hina Nabi, Kematian...

KUALA LUMPUR - Kebiadaban seorang penjaja menghina kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd...

Mangsa Banjir Di Kelantan Meningkat 3,033 Orang

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan mencecah 3,033 orang pada 4 petang ini berbanding 2,459 orang pada 1 tengah hari tadi.

Menurut aplikasi infobanjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jajahan Jeli merupakan kawasan terbaharu dilanda bencana tersebut apabila seramai 116 mangsa daripada 30 keluarga dipindahkan di dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) petang ini.

Sebanyak 52 PPS dibuka di lapan jajahan membabitkan Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang, Bachok dan Jeli, setakat petang ini.

Kota Bharu masih mencatatkan jumlah mangsa paling ramai apabila 891 mangsa daripada 216 keluarga dipindahkan ke enam PPS; diikuti Pasir Mas dengan 667 mangsa daripada 218 keluarga ditempatkan di 17 PPS.

Di Pasir Puteh pula, seramai 445 mangsa daripada 146 keluarga ditempatkan di lima PPS manakala 351 mangsa daripada 99 keluarga dipindahkan ke lima PPS di Machang.


Sementara itu, di Tanah Merah, seramai 337 mangsa daripada 86 keluarga dipindahkan ke 10 PPS; 127 mangsa daripada 29 keluarga ditempatkan di enam PPS di Kuala Krai dan 99 mangsa daripada 26 keluarga ditempatkan di sebuah PPS di Bachok.

Dalam pada itu, menurut portal infobanjir.water.gov.my Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas meningkat kepada 10.33 meter pada pukul 3 petang ini berbanding 10.30 meter pada 1 tengah hari tadi (paras bahaya 9 meter). – BERNAMA

Kategori