Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Tiada Rombongan Ke Istana,...

KUALA LUMPUR – Tempoh kurang dari lapan jam artikel ini disiarkan menjadi waktu...

Kes Bunuh Siti Kharina:...

KUALA LUMPUR – Tempoh reman wanita Nigeria dan lelaki Pakistan yang disyaki terlibat...

Ujian Fizikal Eksesais Calon...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melaksanakan ujian Fizikal Eksesais pengambilan...

Sarawak Tarik Diri Daripada...

KATA orang kalau tidak ada angin masakan pokok bergoyang. Ia mungkin ada kaitan...

Mangsa Keenam Kebakaran Meninggal Dunia

SUNGAI PETANI – Mangsa keenam insiden kebakaran empat buah rumah papan di Kampung Sungai Gelugor di Taman Petani Jaya, dekat sini, Selasa lalu, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar har ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Saifi Abdul Hamid berkata mangsa lelaki warga Indonesia dikenali sebagai Shamsul, 45, berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Kebakaran HSB sebelum meninggal dunia pada jam 2.15 petang ini.

Polis juga telah memaklumkan perkara ini kepada Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya, katanya dalam kenyataan media di sini.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, lima mangsa warga Indonesia rentung dalam kebakaran tersebut termasuk isteri Shamsul, Tobiyah, 40-an.


Empat mangsa lain terbunuh termasuk pasangan suami isteri, dikenali sebagai Mat Holil Tubat, 40, dan isterinya, Ume, 35, Habi Tokrimin, 40, dan Misbah Hul Anwar, 17. – BERNAMA

Kategori