KANGAR – Majlis Amanah Rakyat (Mara) Perlis akan menganjurkan program jualan makanan dan minuman berkonsep santai menerusi Food Truck@MARA Perlis, bertempat di perkarangan pejabatnya di sini, pada Sabtu minggu kedua dan keempat setiap bulan bermula bulan ini.
Menurut kenyataan Mara Perlis, program tersebut akan berlangsung dari 5 petang hingga 12 malam.
Program Food Truck@MARA Perlis itu akan diserikan dengan persembahan ‘buskers’ dan orang ramai dipelawa untuk memeriahkan program berkenaan, menurut kenyataan itu. – BERNAMA