Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

20 Qari/Qariah Sertai Tilawah...

TANAH MERAH - Dua puluh peserta mengambil bahagian dalam Tilawah al-Quran peringkat negeri...

6 Bulan Pastikan Ketirisan...

KUALA TERENGGANU: Kerajaan memberi tempoh enam bulan bagi melihat keberhasilan Ops TIRIS yang...

Bekalan Air Sungai Muda...

GEORGE TOWN - Kemampuan sumber utama bekalan air ke Pulau Pinang, Sungai Muda,...

Bos AirAsia Puji PM,...

UNIK... Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengakhiri lawatan dua hari sempena kempen...

Masjid Maghribi Diarah Lakukan Solat Istisqa’

RABAT – Rakyat Maghribi, yang bergantung kepada sektor pertanian diarah melakukan solat Istisqa’ memohon hujan di masjid seluruh negara, menurut perintah kuasa diraja yang dikeluarkan.

“Air menjadi semakin sukar. Kami perlu menggali lebih dalam untuk menemuinya,” kata Presiden Persekutuan Pengeluar Maghribi, Houcine Aderdour, yang juga peladang oren di wilayah Souss di selatan negara itu.

Seperti jirannya di utara, Portugal dan Sepanyol, Maghribi berhadapan kekurangan hujan meruncing sejak akhir musim panas lalu.

Kajian universiti Maghribi menunjukkan suhu meningkat kepada 4 darjah Celsius sejak 1960-an dan taburan hujan tahunan menurun.

Kemarau menjejaskan pengeluaran bijirin musim ini dan memaksa negara dengan 35 juta penduduk itu mengimportnya.


Raja Mohammed VI menggesa solat Istisqa’ diadakan di seluruh masjid di negara itu ‘merayu Yang Maha Berkuasa menurunkan hujan yang bermanfaat’, kata Kementerian Hal Ehwal Islam dalam kenyataan.

Cuaca menjadi topik perbualan utama seluruh Maghribi, 40 peratus penduduknya bergantung kepada pertanian untuk mencari nafkah dan sektor itu merangkumi lebih 15 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar. – AFP/BH ONLINE

Kategori