SEORANG matador atau penjinak lembu bernasib baik kerana masih hidup meskipun alat sulitnya ditanduk lembu jantan hingga dia melayang ke udara dalam satu pertandingan laga lembu di Mexico.
Ketika itu Luis David Adame sempat memegang alat sulitnya manakala seluarnya dipenuhi dengan darah.
Sementara pembantu pertandingan di situ telah membantu mengalihkan perhatian lembu jantan berkenaan dengan menariknya keluar dari gelanggang.
Insiden itu berlaku pada malam pertama pertandingan laga lembu yang diadakan di plaza Santa María de Querétaro di Queretaro.
Luis kemudiannya telah menulis dalam tweet, bahawa dia selamat dan sedang menjalani pemulihan.
“Lawan lembu, bertenang dan fokus di Queretaro tetapi tiba-tiba berlaku pengkhianatan di mana anda melayang dan dunia anda menjadi tunggang terbalik,’’ demikian tulis Luis.
Dia juga memberitahu peminatnya bahawa dia akan kembali tidak lama lagi.
Pertandingan laga lembu merupakan pertarungan antara manusia dan haiwan. Ia merupakan sukan yang amat popular di beberapa negara, malah sudah bermula sejak zaman Yunani hingga Roma kuno. – MYNEWSHUB.CC