Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Nik Ezanee Dilantik Sebagai...

PETALING JAYA : Pelantikan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner...

Maszlee, Benarkah Peluang Penuntut...

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik dituntut supaya memberi penjelasan bagaimana...

UMNO Kelantan Tidak Perlu...

KOTA BHARU - UMNO Kelantan tidak perlu berada dalam kedudukan selesa walaupun terdapat...

Polis Tahan Individu Dipercayai...

KUALA LUMPUR - Polis menahan beberapa individu di Kelantan dipercayai terlibat merancang melakukan...

Mayat Nelayan Hilang Ditemukan Dalam Pukat

LANGKAWI – Mayat seorang nelayan yang hilang Khamis lepas ditemukan hari ini dalam pukat seorang nelayan lain berdekatan Pulau Beras Basah, kira-kira tujuh batu nautika (13km) dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh ke laut.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim 1 Langkawi Komander Maritim Nurulazme Zakariah berkata penemuan mangsa Mohd Aznan Rashid, 40, dilaporkan seorang nelayan, Dilip Usman, 54, kira-kira 8.15 pagi ini.

“Laporan itu menyebut mangsa ditemukan berpakaian warna oren di dalam pukat yang sedang digulung naik oleh Dilip ke dalam bot,” katanya.

Sepasukan anggota APMM dalam bot peronda Kilat 6 yang terlibat dalam operasi pencarian bergegas ke tempat penemuan itu untuk membawa mayat mangsa ke darat sebelum diserahkan kepada polis yang seterusnya menghantarnya ke Hospital Langkawi untuk bedah siasat.

Mohd Aznan dilaporkan hilang selepas terjatuh ke laut sewaktu menarik pukat ke dalam bot ketika menangkap ikan di perairan Pulau Rebak di sini. – BERNAMA

Kategori