Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

MB Kedah Mempengerusikan Mesyuarat...

GEORGE TOWN - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah hari...

Rakyat Kedah Tak Mahu...

KUALA LUMPUR - Pemimpin PAS tetapi pro-Pakatan Harapan, Datuk Mahfuz Omar bersikap kurang...

Polis Kelantan Kesan Suspek...

KOTA BHARU - Polis Kelantan mengenal pasti seorang lelaki disyaki suspek yang memecah...

Pegawai Perikanan Dikhuatiri Lemas...

KUALA TERENGGANU - Seorang Pegawai Jabatan Perikanan Terengganu dikhuatiri lemas dalam kejadian kira-kira...

MDEC, Jakim Sedia Rangka Kerja IDE Modal Teroka Islam

KUCHING – Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC) akan menyediakan rangka kerja Ekonomi Digital Islam (IDE) yang komprehensif yang meneliti pembiayaan modal teroka.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Yasmin Mahmood, berkata rangka kerja tersebut akan menggabungkan rangka kerja pematuhan halal dan Syariah, rangka kerja pembiayaan, rangka kerja peraturan IDE dan rangka kerja operasi perniagaan halal.

“Pada masa ini, terdapat banyak syarikat pemula niaga yang membangunkan produk dan penyelesaian khusus bagi pasaran Islam, yang kini bernilai US$3 trilion.

“Kami berharap dapat menarik banyak lagi syarikat pemula niaga dari seluruh dunia untuk datang ke sini dan membangunkan penyelesaian dari Malaysia untuk memberi perkhidmatan kepada pasaran global,” katanya kepada pemberita di luar Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) Ke-13 di sini.

Pada masa ini, Malaysia hanya menggubal rangka kerja bagi pemodal teroka konvensional.

Yasmin berkata rangka kerja IDE akan dibangunkan melalui kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Hall Amanie Sdn Bhd, susulan pemeteraian perjanjian tiga pihak sempena WIEF semalam.

Pertukaran dokumen itu disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.


Beliau berkata pensijilan halal Jakim bagi farmaseutikal, makanan dan minuman, kosmetik dan barangan lain terkenal di peringkat global.

“Kini, kami mahu memperluaskan pensijilan halal (dalam perkhidmatan). Ia (rangka kerja IDE) akan meningkatkan pasaran halal Malaysia dan menjadi peneraju dalam pasaran Digital Islam global,” katanya.

Yasmin berkata pihak yang terlibat dalam perjanjian tersebut menyasarkan untuk menyiapkan rangka kerja itu pada suku pertama tahun depan. – BERNAMA

Kategori