Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Terima Kasih Tuan Kerana...

'Mereka' itu mungkin bukan siapa-siapa, tetapi bagi rakyat Malaysia, 'mereka' adalah manusia yang...

“Penat Perah Idea, Kena...

GITARIS kumpulan Kristal iaitu Rody tidak menyokong penggunaan barang tiruan untuk tampil bergaya...

Ada Fakta Video Asri...

CHERAS - Beberapa fakta tidak tepat dikenal pasti menerusi video ditularkan pengasas Hot...

Poland Rampas 160 Kg...

WARSAW - Kerani peruncitan Poland menemui bungkusan kokain yang disembunyikan dalam kalangan pisang...

Peluang Rakyat China Rasai Musang King Kampung

NANNING – Festival Durian Malaysia 2017 (MDF20170) selama tiga hari di sini bermula Jumaat akan memberikan pengalaman kepada rakyat China untuk menikmati durian segar “cara kampung”, kata penyelaras bersama acara yang ditunggu-tunggu itu, Datuk Robin Wong Hee Joo.

Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata keunikan budaya Malaysia itu – iaitu mereka menikmati hidangan secara bersama-sama tanpa mengira bangsa, agama dan status, itulah yang ingin dipromosikan oleh penganjur, menjelaskan kenapa jawatankuasa memilih mengadakan acara itu di kawasan terbuka.

“Cara rakyat Malaysia menikmati durian di Malaysia lebih berupa aktiviti masyarakat, macam cara kita makan di tempat makan terkenal di SS2 di Petaling Jaya…kita suka akan suasananya, budaya dan cara kita makan.

“Sebab itu kenapa kami mengadakan acara ini di tempat terbuka dan bukan dalam bangunan, cara ‘ala kampung’ sebenar, supaya mereka boleh rasai pengalaman cara kita makan durian di Malaysia,” katanya selepas meninjau persiapan bagi festival itu.

Festival itu yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Rimbunan Hijau dan Regal International, membawa lima tan durian terkenal varieti Musang King bersama-sama 250 produk berasaskan durian dan buah-buahan segar lain termasuk nangka madu dan nanas.

Robin menjangkakan kira-kira 300,000 pengunjung berdasarkan hakikat festival itu menduduki ranking ke-15 dalam Weibo, enjin carian popular Internet di China.

“Segalanya sudah diberi pertimbangan dan dirancang rapi, dan kami harap orang ramai yang berkunjung ke festival ini akan menyokong kami dan dapat pengalaman merasai suasana baik, rasa seronok di sini… saya agak terkejut bahawa orang di sini sangat sukakan durian.

“Bagi pengiklanan dan promosi, kami mendapat kerjasama beberapa stesen TV tempatan serta media untuk memberi publisiti pada festival ini, dan banyak orang mendapatkan maklumat menerusi enjin carian itu. Saya percaya dalam enjin carian Weibo kami di tempat ke-15 paling popular, bagi saya ini amat baik,” katanya dengan gembira.

Selain durian dan buah-buahan segar, penganjur berkata mereka turut mempromosikan konsep 1Malaysia menerusi persembahan kebudayaan membabitkan penari daripada Jabatan Pelancongan, merangkumi tarian Melayu,India, Iban dan Bidayuh (mewakili Borneo, Malaysia), dan sudah pastinya tarian masyarakat Cina Malaysia, kata Dominic Su, Ketua Pegawai Eksekutif Regal International.

Sam Hoo, Pengarah Urusan Beho Fresh Sdn Bhd, satu daripada 40 syarikat pempamer Malaysia, berkata beliau berasa bangga apabila dipilih sebagai antara peserta oleh kementerian, sambil menyatakan berasa patriotik dapat memperkenalkan raja buah itu dan pada masa sama mempromosikan identiti Malaysia.


Membekalkan kira-kira 3.8 tan Musang King, menjadikan syarikatnya penyumbang terbesar pada festival itu, Hoo berkata Beho Fresh berasa teruja dengan peluang dapat menembusi pasaran China yang sebelum ini didominasi oleh Thailand.

“Kami telah menjalankan kajian pasaran di sini, secara fizikal dan strategi media sosial. Sebaik sahaja kerajaan kita mendapat kelulusan (untuk mengeksport durian segar ke sini), kami terus melaksanakan rancangan pemasaran kami di sini,” katanya.
Seorang lagi pempamer, Cef Mohamad Daud Abu Bakar daripada EZ Classic Sdn Bhd, memberitahu pemberita beliau tidak sabar untuk menyertai acara pemadanan perniagaan yang membabitkan kira-kira 400 usahawan China dan Malaysia.

“Saya membawa produk terbaik saya — Aiskrim Gelato Durian D24 kerana saya percaya ia akan memeriahkan lagi festival durian di sini. Acara ini berlainan daripada pameran atau ekspo durian yang lain kerana ini merupakan inisiatif kerajaan dengan kerajaan (G2G).

“Sebab itu kenapa saya menyasarkan untuk menjalin rangkaian di sini, dan saya baru dapat tahu bahawa kami dijadual melawat Taman Perindustrian Qin Zhou (QIP), dan terdapat peluang untuk kami membuka kilang di sana. Itu antara keutamaan saya di sini,” kata cef yang berpengalaman 35 tahun dalam bidang pastri,” katanya.

Sementara itu, penduduk tempatan begitu teruja dengan festival itu, menyatakan mereka memang menantikan MDF2017 susulan liputan meluas diberikan media China.

“Saya tidak memilih jenis durian, saya akan makan asalkan sedap. Saya tidak kisah membayar lebih mahal jika ia enak… jadi saya memang menanti-nantikan festival ini,” kata pekerja komuniti Puan Teng, 50.

“Sesetengah orang kata durian berbau busuk, tetapi bagi saya, baunya sungguh sedap, rasa manis dan saya sangat sukakannya terutama Musang King. Sebelum saya mencuba Musang King, saya dengar orang kata buah ini sangat enak, saya cubanya dan sangat sukakannya,” kata perunding kecantikan berumur 20 tahun, Ding Li Na. – BERNAMA

Kategori