Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Anggota Kabinet Boleh Digugurkan...

KUALA LUMPUR — Anggota Kabinet yang tidak menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan boleh...

Ammar Kembali Dalam Segmen...

SETELAH lima bulan suaranya 'menghilang' dari frekuensi Hot FM, semalam bagaikan permulaan buku...

Wanita Simpan Mayat Ibu...

APABILA wang mengaburi mata, ini yang berlaku kepada Mary Kersting.Dia sanggup menyimpan mayat...

Majikan Wajib Mohon Pekerja...

PUTRAJAYA - Semua majikan diwajibkan membuat permohonan mendapatkan pekerja asing secara dalam talian...

Miliki 2 Pucuk Pistol Tiruan, Kontraktor Dipenjara, Didenda

KUALA LUMPUR – Tindakan seorang kontraktor membawa dua pucuk pistol tiruan mainan di tempat awam, membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sin, hari ini.

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhi hukuman itu terhadap Jamiluddin Khairuddin, 31, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu yang dilakukan berhampiran bangunan PJD Sentul, Jalan Sentul Manis, di sini, pada 3.30 petang, 22 Ogos lalu.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkapnya pada 22 Ogos lalu dan sebulan penjara lagi, sekiranya denda gagal dibayar.

Tertuduh didakwa memiliki dua pucuk pistol tiruan mainan berwarna hitam dan hijau, masing-masing bertulis “Rietro Baretta Cardoney Made in Italy” dan “He Wan Ju Qi Tan” mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda yang boleh sampai RM5,000 atau kedua-duanya.


Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia merupakan penanggung utama keluarga dan menghidapi penyakit kulit kronik.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Farah Adilah Nordin memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kepada tertuduh. – BERNAMA

Kategori