Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Nas-T Dah Nak Kahwin,...

PELAKON Nas-T sebelum ini mengakui bahawa dia sedang selesa berkawan dengan Atita Haris, seorang...

Pekerja Asing Dilindungi PERKESO...

PUTRAJAYA - Kabinet memutuskan untuk meletakkan perlindungan keselamatan sosial pekerja asing di bawah...

“Maafkan Anak Perempuan Saya”...

ALOR SETAR - Bapa kepada gadis berusia 16 tahun yang didakwa melanggar seorang...

Warga JPA Bersukan Sempena...

PUTRAJAYA - Kira-kira 500 warga Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini menyertai Ketua...

Misi Bantuan Rela Bantu Bersih Rumah Mangsa Banjir

BUTTERWORTH – Tiga ratus anggota Misi Bantuan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) membantu membersihkan rumah mangsa banjir di Kampung Sungai Dua dan Kampung Lebuh Banting, di sini hari ini.

Menurut kenyataan Rela, selain membantu membersihkan kawasan rumah mangsa, pihaknya turut menyampaikan sumbangan makanan seperti beras, gula, susu dan barangan keperluan seperti kain selimut kepada penduduk di situ.

“Misi Bantuan Rela yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat lepas itu dibahagikan kepada dua fasa iaitu semasa dan selepas banjir di tiga buah negeri di utara yang dilanda banjir,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Kenyataan itu berkata antara penugasan yang dilaksanakan oleh anggota Rela semasa banjir ialah membantu mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan termasuk penyediaan makanan dan minuman serta membantu pendaftaraan mangsa.

Misi itu juga melibatkan fasa selepas air surut iaitu membantu membersihkan kawasan yang terjejas terutama premis-premis awam, katanya.


Misi bantuan itu diketuai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Rela Kamaruddin Mohd Rapiq dan turut serta Anggota Kehormatnya Datuk Najmuddin Hamidi. – BERNAMA

Kategori