Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Waytha Malukan Malaysia Dalam...

KUALA LUMPUR - Rujukan profil P. Waytha Moorthy dalam satu dialog di United...

Jangan Hanya Hukum Penyokong...

KUALA LUMPUR - Pemuda Parti Amanah Negara (PAN) Perak berharap supaya Persatuan Bola...

Isu 1MDB: Pengarah Syarikat...

PERKEMBANGANƃā€šĆ‚Ā terbaharu isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menyaksikan seorang pengarah syarikat pembangunan hartanah swasta...

Malaysia Bertuah Dapat Jalin...

BEIJING - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah Malaysia perlu...

Mnangagwa Angkat Sumpah Presiden Baharu Zimbabwe

HARARE – Emmerson Mnangagwa mengangkat sumpah sebagai Presiden baharu Zimbabwe dalam satu upacara pada Jumaat, yang dihadiri ribuan rakyat Zimbabwe dan pembesar asing, lapor agensi berita China Xinhua.

Mnangagwa presiden kedua negara itu, menggantikan bekas presiden Robert Mugabe, yang meletakkan jawatannya pada Selasa selepas rampasan kuasa tentera dan menerima tekanan awam supaya menamatkan kekuasaannya selama 37 tahun.

Beliau menjadi presiden kedua Zimbabwe sejak negara mencapai kemerdekaan dari Britain pada 1980.

Mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Hakim, Luke Malaba, Mnangagwa berikar untuk menegakkan dan mempertahankan perlembagaan serta hak rakyat Zimbabwe.


“Saya akan mempromosikan apa sahaja yang boleh memberikan kemajuan dan menentang apa jua yang membahayakan Zimbabwe. Saya bersumpah akan melindungi dan menggalakkan hak rakyat,” katanya.

Upacara itu turut dihadiri, Presiden Zambia Edgar Lungu, Presiden Botswana Ian Khama, Presiden Mozambique Filipe Nyusi dan Naib Presiden Namibia Nickey Iyambo. – BERNAMA

Kategori