Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pos Malaysia Nafi Anjur...

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia tidak pernah mengendalikan kaji selidik secara dalam talian...

Jaga-Jaga! Dirakam Kamera ‘Penyangkut...

MELIHAT pada bentuknya, pasti ramai yang menyangka ianya hanyalah penyangkut baju biasa yang...

4 Pegawai Polis Ditahan...

KOTA KINABALU - Empat pegawai polis di Lahad Datu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Mark Wahlberg Aktor Raih...

MAJALAH Forbes baru-baru ini telah menyenaraikan pelakon Hollywood, Mark Wahlberg sebagai aktor yang...

Model Remaja Usia 14 Tahun Maut Akibat Diracun?

KEMATIAN seorang remaja berusia 14 tahun ketika bekerja sebagai model di China pada bulan lepas telah mengejutkan ramai.

Ketika itu, model yang berasal dari Rusia, Vlada Dzyuba, dikatakan meninggal dunia akibat keletihan yang melampau selepas bekerja tanpa henti selama 13 jam.

Namun hasil bedah siasat yang dijalankan ke atas mayatnya di Moscow mendapati terdapat kesan bendasing dalam badannya iaitu racun biologi.

“Vlada mungkin digigit oleh serangga beracun atau makan sesuatu atau diracun,’’ demikian lapor portal media Life yang memetik sumber daripada pihak berkuasa Rusia.

Laporan bedah siasat itu telah meningkatkan kebimbangan bahawa model popular berkenaan menjadi sasaran pesaingnya namun ujian tambahan terhadap bedah siasat terbabit akan dijalankan.

Racun organik yang dikatakan terdapat dalam badannya masih belum dikenalpasti. Susulan itu jawatankuasa siasatan telah ditubuhkan dengan ibu bapanya dan dua agensi modeling di Rusia telah disoal siasat.

Sementara hospital di China pula memaklumkan kematian Vlada adalah akibat keracunan darah dengan banyak organ utama mengalami kerosakan namun tiada sebarang kenyataan yang menyebut dia mungkin diracun atau digigit oleh haiwan beracun.


Vlada meninggal dunia selepas bekerja selama 13 jam ketika menjalankan tugasannya sebagai model. Dia tidak dibawa berjumpa doktor sebaliknya diminta balik ke Shanghai, iaitu perjalanan sejauh 185 batu untuk berehat.

Sebelum itu, Vlada telah mengadu kepada ibunya di Rusia bahawa dia mengalami keletihan yang amat sangat.

Perbualan terakhirnya ialah: “Mama, saya sangat letih. Saya sangat-sangat perlukan tidur.” – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • model

Kategori