Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Unik! Pasar Raya Tanam...

BAGI menarik kunjungan pelanggan, pasar raya biasanyaƃā€šĆ‚Ā menjanjikan produk seperti buah buahan dan sayur...

HQE Perintis Projek Rekod...

KOTA KINABALU - Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini menjadi perintis Projek Rekod...

Cicak Gergasi Jadi Binatang...

Beranikah anda memelihara cicak sebesar saiz anak anjing sebagai binatang peliharaan di rumah?...

Viral: Gara-Gara Kaki Ayam,...

SEBUAH lori yang membawa kaki ayam terbalik lalu 'memuntahkan' muatannya sebaik sahaja merempuhƃā€šĆ‚Ā sebuah...

Monyet Haus, Curi Minum Petrol Sampai Mabuk

PERNAHKAH anda terdengar seekor monyet mencuri minyak petrol? Sudahlah mencuri, kemudian minyak itu diminumnya selamba macam minum air masak sahaja!

Sekumpulan penunggang motosikal di Panipat, India sering mengeluh mengatakan bahawa minyak motor mereka akan kehabisan setiap kali diletakkan di tempat letak motosikal di Insaar Bazaar.

Akibat sudah tak tahan dengan perkara itu, seorang penunggang mengambil keputusan untuk memasang satu perangkap bagi menyiasat identiti sebenar si pelaku jenayah itu.

Menurut Harian Metro, ketika kejadian, lelaki itu telah meletakkan motosikalnya di tempat biasa dekat Insaar Bazar itu dan dia terus bersembunyi di kawasan yang agak jauh untuk mengintai si pencuri itu.

Namun, apa yang dilihatnya merupakan satu perkara yang dia sendiri tak sangka… Rupa-rupanya, pencuri minyak petrol itu ialah seekor monyet!

Satu rakaman video telah tular di internet yang menunjukkan monyet itu sedang melucutkan saluran minyak dari tangki enjin motor itu dan terus menyedut petrol itu ke dalam mulutnya.


Saksi kejadian, Gaurav Leekha yang merupakan sukarela di bandar itu memberitahu bahawa monyet tersebut nampaknya sudah ketagih dengan minyak motor sehinggakan dia langsung tidak mahu mengambil makanan lain seperti pisang atau kacang yang dihulurkan oleh orang ramai.

Bagaimanapun, monyat itu kelihatan tidak membawa apa-apa ancaman kepada orang ramai meskipun ia kelihatan seperti mabuk.

Kini, monyet tesebut tidak lagi kelihatan di kawasan parkir motosikal itu kerana telah dihalau oleh peniaga yang berada dekat kawasan sekitar.

Mungkin sekarang ni monyet tu sedang mencari port lain pula untuk mendapatkan ‘bekalan’ minyak petrol. –Ā MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori